Bunga Falling

Friday, July 15, 2011

Urutan Mampu Rangsang Perkembangan Bayi..Betul ke?

Org2 tua dulu mmg kaya dgn petua, antaranya ilmu urutan..skrg ni plk dah jd trend kat Barat pun mengamalkan urutan kt baby diorg..Maklumla, nama pun baby…mestilah kena sentiasa dibelai, dimanja disentuh dan dikatakan dgn urutan nih memberikan kuasa magis sbb dpt mempengaruhi perkembangan positif pd emosi dan psikologi sesorg x kirala si penerima urutan tuh org dewasa ke ataupun si kecik kite…

Urutan nih jgk menjadi rawatan alternative yg sgt baik utk memberi perlindungan awal kpd baby drpd sebarang jangkitan..erm..sgt2 baguskan..Kajian ke atas bayi pra matang yg diberikan urutan pada kepala, bahu, belakang badan, kaki n tgn mereka selama lima minit tiga kali sehari akan menahbahkan berat badan antara 21 hingga 47 peratus dan membolehkan bayi yg pra matang tadi keluar awal dr Hospital..


Jom kita mulakan urutan….

Sblm memulakan urutan pada bayi anda pastikan anda berdua sudah benar2 siap utk mengurut dan diurut..
Berikut beberapa langkah boleh dijadikan panduan :
1)      Pastikan anda selesa dan tidak diganggu selama 15 minit. Mainkan muzik yg berentak perlahan utk memberi ketenangan dan kedamaian kpd anda dan bayi.
2)      Pastikan keadaan bilik berhawa sederhana hangat sepanjang waktu mengurut. Bentangkan selimut atau kain yg lembut utk membaringkan bayi.
3)      Urutan yg paling sempurna dpt dilakukan jika bayi berkadaan tdk berbaju dan berseluar, sebaik-baiknya selepas mandi. Namun urutan tetap boleh dilakukan semasa bayi berpakaian.
4)      Penggunaan minyak bayi yg lembut boleh mengurangkan geseran ke atas kulit bayi. Gosok kedua-dua belah tangan utk memanaskan tangan sebelum menyentuh bayi anda. Sapukan minyak seukupnya ditangan anda supaya boleh mengurut dengan lebih mudah.
5)      Mulakan dengan sentuhan yg lembut. Tambahkan tekanan secara perlahan-lahan apabila anda semakin yakin dan bayi kelihatan lebih selesa.
6)      Pandang mata bayi, menyanyi atau bercakap dengannya sambil mengurut.
7)      Seelok-eloknya masa mengurut adalah sama setiap hari agar bayi dapat merasainya sebagai satu rutin.
8)      Disarankan utk mula berurut dari kepala hingga ke hujung kaki, kemudian baru beralih ke bahagian belakang bayi.

Info
v  Di anggarkan 60 hingga 90 peratus penyakit yg berlaku pada bayi disedadkan tekanan dan ia boleh diredakan melalui urutan. Urutan akan member ketenangan yg membantu merangsang kebolehan bayi utk menghadapi tekanan.
v  Mengurut perut dengan perlahan beberapa kali bukan saja meredakan kesakitan, malah membuat bayi berasa lebih selesa. Urutan pada perut bayi yg dilakukan setiap hari dapat mengelak masalah sekatan angin dalam usus yg menyebabkan mereka tidak mahu menyusu.
v  Rangsangan yg diberi ketika mengurut dan pergerakan angin pada kulit sebenarnya boleh menjadi sumber tekanan pada bayi, tetapi ia diseimbangkan dengan suara, bau badan sentuhan ibu atau bapa yg mengurut mereka.
v  Kajian Odense Hospital, Denmark mendapati bayi yg diurut menunjukan banyak perubahan positif, terutama pada pernafasan, warna kulit, ekspresi wajah, kemampuan menggerakkan anggota badan dan peningkatan paras oksigen dalam darah.



No comments:

Post a Comment