Bunga Falling

Tuesday, July 19, 2011

Empat Punca Bahagia

Semua orang mahukan kehidupan yg sempurna dan bahagia. Kehidupan yg selesa adalah sesuatu bentuk kehidupan yg dialu-alukan oleh Islam, yg memrlukan empat elemen asa yg penting iaitu :

a.       Wanita yg solehah :
Iaitu isteri yg baik yg dapat menguruskan keluarga dan rumah tangga dengan sempurna.
b.       Rumah yg luas :
Yg boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapt melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
c.       Jiran yg baik ;
Kerana jiran merupakan orang yg paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga, dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah keluarga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat antara satu sama lain.
d.       Kenderaan yg selesa ;
Kerana itu akan memberikan kemudahan dalam segala urusan.

Seperti Sabda Rasullullah S.A.w yg bermaksud , “ Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa”. (Riwayat Ibnu Hibban)

Bagaimanapun antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup adlah sikap berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam Al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain. Mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pedapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza. Namun yang paling penting bersederhanalah dalam ukuran masing-masing.



No comments:

Post a Comment