Bunga Falling

Saturday, July 16, 2011

Ingin Melatih Si Manja Bertanggungjawab???

Sebenarnya x dinafikan bukan mudah tugas sebagai seorg ibupada utk mendidik si kecik berdikasi n bertanggungjawab..anak2 x semuanya sama mampu capai keupayaan yg kita idam-idamkan. So, cubalah utk tidak memberi tumpuan kpd kelemahannya, sebaliknya berikan pujian kpd setiap tindakannya..klu kita terlalu  manjakan anak pun x elok jgk utk perkembangannya sbb takut nnt si kecik asyik terlalu bergantung pada org..

Antara cara2 yg berkesan:

Turut Serta Melakukan 

Anak anda belajar melalui contoh dan peniruan sehngga umur mereka melebihi lapan tahun, jadi..cara yg berkesan utk menunjukkan contoh yg baik kepada anak ialah dengan melakukan sendiri sesuatu perkara di depannya. Contohnya, apabila anak anda mahu makan dengan tangan kiri, jangan menegur perbuatannya dengan berkata, “ Jangan makan dengan tangan kiri ”, sebaliknya anda hendaklah mengelap tangan kirinya dan memegang tangan kananya dan melakukan pergerakan makan sambil berkata, “ Sebagai seorang Muslim, ketika makan kita perlu menggunakan tangan kanan ”.
Bagitu juga jika anak anda menyepahkan mainannya. Anda tidak boleh berkata, “ Pergi kemaskan barang mainan tu ”. Sebaliknya anda harus memimpin tangannya, berlutut di lantai dan lakukan proses penyimpanan sambil berkata, “ Sekarang masa utk menyimpan barang mainan adik ”.

Ulang serta ulang lagi

Kanak-kanak perlu diberitahu sesuatu perkara secara berulang kali, terutama kanak-kanak kecil. Ia bertujuan utk melatih dan mengingatkan perbuatan positif yg perlu dilakukan oleh anak anda. Tugas ini memang membosankan tetapi perlu dilakukan dengan baik. Contohnya anak-anak kecil tidak akan duduk diam ketika makan. Sebagai ibubapa anda perlu sentiasa mengulangi dengan memberitahu sikapnya itu tidak elok. Anda bolehberpesan seperti, “Adik, kita tidak boleh menggoyangkan kaki dan menendang kerusi semasa makan, duduk dengan elok setiap kali makan ”. Jadikan anda contoh terdekatnya.

Jangan mengganggu

Kebanyakan kanak-kanak menghadapi masalah dengan tempoh penumpuan. Ia sukar dilakukan kerana kanak-kanak tidak boleh member tumpuan sebaik orang dewasa. Utuk membantu si kecil mengekalkan penumpuannya ialah tanpa mengganggunya semasa dia memberikan perhatian kepada sesuatu. Anda hanya boleh mengganggunya apabila perhatiannya telah berpindah kepada benda lain. Berikan pujian dan penghargaan kepada anak anda kerana tumpuan yg diberikan.

Beri perhatian

Pernahkah si manja menarik anda bangun, memegang tangan atau pakaian anda? Jika jawapannya , Ya!, ia adalah tanda si manja anda mahukan perhatian anda. Memberi perhatian kepada si kecil mestilah dengan cara jelas. Anak anda akan berasa dirinya diberi perhatian apabila anda memandang kepadanya dan menghentikan kerja utk mendengar apa yg ingin diperkatakannya. Jika amalan ini dipraktikkan sejak kecil, dia akan mengetahui bahawa kata-katanya akan diambil kira dan anda menghormatinya sebagai seorang individu.


Beri contoh positif

Kanak-kanak masih sukar utk memahami sesuatu arahan dengan jelas. Jadi setiap perbuatan positif yg ingin diberitahu kepadanya perlu disertakan degan contoh sekali. Contohnya, “ Comelnya kucing ini, jom kita usap bulunya.” Tunjukkan kepada anak anda bagaimana mengusap bulu kucing itu. Tunjuk ajar kepadanya. Pegang tangannya dan lakukan pergerakan dengannya. Jangan menjerit seperti, “ Jangan cederakan kucing itu ”. Ayat ini tidak sesuai kerana menggambarkan anda rasa tidak senang hati perbuatan si kecil. Otak anak kecil tidak semestinya memproses semua perkataan yg disebut anda dan akan mentafsir sebagai, “……….. cedera…anak kucing ”. Ia berlawanan dengan tujuan anda sebenarnya. Begitu juga apabila si kecil tutup pintu dengan kuat, usah menggunakan perkataan ‘ jangan ’. Sebaliknya tunjukkan cara yg betul sambil bangun utk menutup pintu, “ Adik, kita kena tutup pintu dengan perlahan ”.


p/s : Kena banyak bersabar nk jaga ank nih...Qaseh pun tengah cuba sedaya upaya utk cuba jadi Ibu Mithali..



No comments:

Post a Comment