Bunga Falling

Thursday, July 21, 2011

Langsing Bukan Sekadar Dengan diet & Senaman

Setiap kali klu kita sebut perkataan langsing, ramai yg akan mengaitkan dgn dit dan jgk senaman..selain dari 2 perkara tuh, byk  lagi kaedah lain utk menjadikan seseorg  wanita itu kelihatan lebih langsing..hehhehe..menarikkan??Jom kit a baca entry nih..apa yg Qaseh jumpa..

Pemakaian Busana Hitam
·         Pertama skali apa yg perlu anda tahu, anda harus tahu apa masalah yg dihadapi oleh tubuh samada bahu jatuh, pinggul lebar, perut buncit dan sebagainya lagi.
·         Dalam masa yg sama perlukan fokus. Jika anda mengalami masalah paha besar, hindari memberi tumpuan di bahagian bawah badan. Contohnya : pilih busana warna cerah utk bahagian atas manakala bahagian bawah pula warna hitam dan gayakan bersama rantai. Cara ini fokus akan tertumpu kpd bahagian atas. Selain itu, pemilihan warna cerah tadi adalah utk menonjol dan warna gelap utk menutupi.
·         Pemilihan busana membuatkan sesorg nampak profesional. Sebagai contoh : hindari memakai baju yg terlalu longgar kerana ia akan membuatkan tubuh nampak lebih besar dan tidak berbentuk. Pakailah baju yg sesuai dgn tubuh dan tidak terlalu ketat.
·         Selain motif garis vertical, anda boleh memilih motif garis asimetri yg akan menampakkan kesan yg lebih panjang serta merampingkan tubuh.
·         Bagi yg gemarkan warna terang, tiada masalah utk memakainya asalkan anda manfaatkan bahagian mana yg patut disembunyikan. Hindari pakaian dari bahan yg sarat dan boleh menyebabkan anda nampak gemuk . Pilihna material yg halus sgt sesuai..
·         Jika tubuh anda tidak terlalu tinggi, pilih seluar yg menutupi sehingga bahagian kasut. Ini akan menampakkan kaki anda lebih panjang dan membuatkan anda kelihatan tinggi.
·         Bagi yg menghadapi masalah perut buncit, hindari memilih aksesori di bahagian perut seperti seluar atau skirt labuh yg mempunyai tali pinggang besar. Ini akan menampakkan perut dan pinggang anda lebih besar.

Shading Pada Wajah
·         Teknik shading akan membuatkan wajah lebih ramping. Namu pastikan pilihan warna setingkat lebih gelap dari warna kulit.
·         Cara melakukan shading mudah saja, aplikasikan warna bedak lebih gelap di pipi da terang di tulang pipi. Setelah itu, sapukan pula warna lebih gelap pada bawah rahang. Ini membantu menyamarkan pipi anda yg tembam.
·         Penggunaan bedak padat atau alas bedak amat sesuai untuk mencipta shading di bahagian pipi tadi.
·         Hindari bedak berwarna putih atau terang serta mengandungi SPF terlalu tinggi. Ini akan membuatkan wajah nampak gemuk.
·         Selain itu sapukan warna lebih terang pada bahagian hidung agar hidung yg tenggelam akan lebih mancung.

Posisi Tubuh
·         Untuk menampakkan bentuk badan yg langsing, anda juga perlu memastikan tubuh tegak iaitu kepala hingga ke kaki anda berada dalam satu garis lurus
·         Apabila anda berdiri tegap dan menarik perut ke dalam, itu akan membuatkan anda nampak lebih langsing.
·         Selain itu amalkan pemakanan yg sihat utk menampakkan tubuh anda lebih langsing dan bermaya.
See..sopan itu cantik !!
p/s : Dgn pemakaian aksesori yg sesuai pun boleh menampakkan diri sesorg tu langsing contohnya pakai kasut tumit tinggi, pakai jam dan gelang tangan yg lebih kecil supaya menampakkan tangan kita kecil..


No comments:

Post a Comment