Bunga Falling

Thursday, November 10, 2011

Kelebihan Aloe Gamat Gel + Blue Ampulla Gel

Aloe Gamat Gel
Kelebihan Aloe Gamat Gel :

  • Mengatasi masalah kulit
  • Kulit kering dan pecah
  • Luka terbuka
  • Ruam
  • Bawah mata lebam
  • Rambut gugur/Kering
  • Buasir
  • Pening kepala/Migrain
  • Kulit melecur
  • Alahan kulit
  • Resdung
  • Bibir kering/ Merekah
  • Mengganjalkan kulit wajah



Blue Ampulla Gel

Kelebihan Blue Ampulla Ge l:

  • Resdung/Jerawat
  • Angin/Ketegangan urat saraf
  • Selulit
  • Perut buncit
  • Asma/Lelah
  • Dagu berlapis
  • Pening kepala/Migrain
  • Stress
  • Malasah kulat air
  • Gigitan serangga
  • Buang angin
  • Tiroid
Cara Penggunaannya :
Bersihkan kulit dan sapukan pada permukaan yang diperlukan sahaja.Adalah digalakkan menggunakan kedua-duanya sekali untuk kesan yang lebih cepat.

Harga dipasaran :
W. M : RM28.80  E.M :30.80

Formulated / Manufactured :
SigNature HerbaScience Corporation (M)Sdn. Bhd.




Selesaikan Masalah Kulit Anda Disini..

Kepada sesiapa sahaja mempunyai kulit yang bermasalah..disini Qaseh nak promote la produk terbaru daripada bahan semulajadi (Aloe vera yg sgt sinonim dgn rawatan kulit).Bleh jd blogshop plk Qaseh punye blog ni kan..bukan pe, anak2 Qaseh yg ade parut cepat hilang..n Qaseh sendiri pun mmg dah pakai produk ni..so,bleh la kongsi2 info kpd yg lain..

Ada 2 jenis iaitu Blue Ampulla Gel dan Aloe Gamat Gel..



Blue Ampulla Gel adalah rumusan khas gel lembut jernih yang mengandungi saripati Gamat, Madu, Aloe Vera serta diperkaya dengan manik-manik Ampulla Biru. Ampulla Biru iailah sejenis Vitamin E dan Kamomil bagi tindakan sinergistik yang optima. Saripati asli ini memang terkenal (mempunyai keupayaan terapi) untuk rawatan dan melegakan kesakitan.

Aloe Gamat Gel dirumus untuk merawat luka dan kecederaan ringan serta bertindak sebagai astrigen semulajadi yang mengandungi Aloe Vera Extract dan Sea Cucumber. Ianya sangat berguna khususnya untuk merawat masalah kulit disamping menyegarkan permukaannya..



Sunday, October 23, 2011

Antara Salah Laku Anak dan Hukuman


“Siapa pecahkan pinggan ini?” si ibu menjerit.
Anak-anaknya yang berderet itu membatukan diri.
Mustahil ada yang mahu mengaku.
“Siapa buat? Kak Long? Angah? Siapa yang buat?” si ibu yang sedia letih itu melempiaskan amarahnya.
Kak Long, Angah, Achik, semua mereka mendiamkan diri. Jantung masing-masing berdegup kencang.
Ibu yang keletihan mencari pesalah, akhirnya mengambil jalan mudah. Ketiga-tiga anaknya dihukum. Mereka dicubit seorang demi seorang.
“Yang bersalah tidak mengaku. Yang tahu siapa yang bersalah bersubahat tidak mahu memberitahu. Semua salah!” ibu cuba melogikkan tindakannya menghukum mereka bertiga.
JERITAN BIASA

Jeritan itu adalah jeritan yang biasa kita dengar di rumah.
Mungkin rumah orang, mungkin rumah kita.
Apabila berlaku sahaja sesuatu yang tidak kena, soalan yang spontan keluar, “siapa yang bersalah?”
Soalan seperti ini melayangkan mesej yang jelas bahawa ia akan berakhir dengan hukuman. Sama ada kesemua mereka mengambil tindakan mendiamkan diri, atau mereka mungkin segera saling menunding jari. Kita sebagai ibu bapa yang terkeliru, enggan malu kerana gagal menyelesaikan puzzle itu, lalu mengambil jalan mudah menghukum mereka semua.
Kebijaksanaan kita sebagai orang dewasa, menerbitkan pelbagai alasan untuk menjustifikasikan keadaan.
Namun tahap pemikiran anak-anak hanya berakhir dengan kesimpulan-kesimpulan yang membinasakan.
Mereka saling bermusuhan, saling salah menyalahkan, malah belajar menipu kerana terdesak mengendalikan rasa takut yang berlaku.
CIKGU JATUH


Puan Maria adalah guru senior di sebuah sekolah.
Orangnya berhemah. Tidak pernah menjatuhkan harga diri.
Tetapi hari itu dia tergelincir dan jatuh terlentang di depan kelas.
Sakitnya bukan kepalang.
Tetapi sakit hatinya berganda-ganda lagi apabila murid-murid mentertawakan dia.
Puan Sabariah bangun perlahan-lahan dan kemudian berdiri tegak membetulkan diri.
“Itu pelajaran pertama saya kepada awak hari ini. Sesiapa sahaja dalam hidup ini boleh jatuh dalam kehinaan, tetapi dia mampu bangkit dan berdiri teguh semula!” katanya dengan penuh hemah dan ketegasan.
Kelas sepi.
Ulasan itu sangat berhikmah.
Puan Sabariah menunjukkan betapa ketawa anak muridnya tidak mampu dibersihkan dengan tengkingan atau kemarahan. Sebaliknya dengan sedikit kesabaran, dia membetulkan keadaan dengan kebijaksanaan. Dengan hikmah.
Hikmah yang kita perlukan sebagai ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak.


Ibu Mithali Isteri Sejati

Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati? Adakah anda, saya ataupun wanita-wanita lain di dunia ini. Marilah kita analisa diri kita sejauh mana kita mencapai ke peringkat tersebut dengan berpandukan analisis yang diberikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Beliau menjelaskan penganalisisan diri perlu bagi ibu mithali dan isteri sejati dalam membentuk sebuah rumahtangga harmoni. 
Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti:-
Berdoa memohon keredhaan Allah. 
* Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumah tangga. 
Membersihkan hati dan pemikiran.
Membina kebahagian secara produktif.
Mendidik diri sendiri. 
Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan al-mawaddah (kasih saying   dan ar-rahmah (kasih-mengasihani).
Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul. 
* Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumahtangga.
* Membina rumah tangga berasaskan al-Mu’asyarah bil makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah).
* Pembangunan fizikal dan kesihatan. 
* Muhasabah diri.

Oleh itu, di manakah diri kita. Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, saya ucapkan SYABAS! Namun begitu, ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara lagi yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai tahap IBU MITHALI ISTERI SEJATI!!! 
Menurut beliau lagi, seseorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu:-
1) Positif terhadap perubahan. 
2) Positif terhadap diri sendiri. 
3) Positif terhadap kepimpinan. 
4) Positif terhadap masalah. 
5) Positif terhadap orang lain. 
6) Positif terhadap keadaan emosi. 
7) Positif terhadap idea kreatif. 
8) Positif terhadap membuat keputusan. 
9) Positif terhadap qada’ dan qadar. 
Selain daripada itu beliau juga turut menggariskan beberapa petua untuk menjadi ibu mithali. Antaranya ialah :- 
- Analisis diri daripada pandangan anak. 
- Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi. 
- Bercakap benar. 
- Kotakan kata-kata. 
- Didik anak mengenai kemahiran sosial. 
- Gunakan masa jitu untuk mengajar. 
- Wujudkan suasana positif dalam rumah tangga. 
- Gunakan belaian positif lebih daripada negatif. 
- Padam rekod negatif dalam pemikiran anak. 
- Melatih anak berfikir. 
- Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman. 
- Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga. 
- Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus. 
- Hidupkan sunnah dalam rumah tangga. 
- Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah. 
- Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya. 
Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai berbagai peranan dalam rumah tangga. Paling penting adalah sebagai :-
*Pendidik keluarga. 
*Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan rumah tangga. 
*Penasihat.
*Doktor dan jururawat. 
*Mendisiplinkan anak-anak. 
*Kawan atau sahabat. 
*Penyelesai masalah. 
*Merangsang perkembangan mental anak-anak. 
*Mengawasi perkembangan dan tingkah laku anak. 
*Model pada anak-anak. 
*Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat. 
*Mengawal ekonomi rumah tangga. 
*Menjaga harta suami dan keluarga.
** Ya Allah Ya Tuhanku..berikanlah kekuatan dan kesabaran dlm mendidik anak-anakku..semoga diriku menjadi Ibu dan Isteri yang Mithali..Aminn Ya Rabbal A'lamin..



Thursday, October 20, 2011

Tarikh Tamat Tempoh Lesen Memandu Mengikut Tarikh Lahir


Mulai pertengahan bulan depan, pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) akan dibuat mengikut tarikh lahir pemegang lesen bagi memudahkan mereka mengingati tarikh memperbaharui lesen masing-masing, sekali gus menyaksikan tarikh tamat tempoh lesen sama dengan tarikh lahir.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bertujuan mengurangkan kes pemegang lesen memandu tidak aktif dan rayuan untuk memperbaharui lesen memandu tamat tempoh melebihi tiga tahun. Selain itu, katanya, kaedah baru itu juga alternatif kepada sistem penyampaian notis peringatan dilaksanakan jabatan terbabit.
Pelaksanaan pembaharuan lesen memandu melalui penyelarasan tarikh tamat CDL mengikut tarikh lahir ini akan membabitkan agensi seperti JPJ, Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia dan e-Khidmat.
Bagi tarikh lahirnya pada 29 Februari, tarikh tamat sah lesen memandu dicadangkan pada 28 Februari dan tarikh pembaharuan pada 1 Mac. Bagaimanapun, jika pemegang lesen tidak mahu menggunakan tarikh itu, mereka hendaklah memperbaharui lesen memandu bagi tempoh empat tahun berdasarkan tahun lompat yang berikutnya.
Sejajar penyelarasan tarikh tamat lesen memandu, bayaran juga akan diselaraskan melalui dua kaedah iaitu bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir antara 12 hingga 18 bulan termasuk tempoh lanjutan, kerajaan akan menanggung bayaran lesen bagi tempoh lanjutan itu.
Sebagai contoh, bagi tempoh sah lesen sedia ada iaitu 20 Februari 2011 hingga 19 Februari 2012 dan tarikh lahir pemegang lesen adalah 10 Oktober 1980, hanya bayaran RM30 dikenakan iaitu bagi tempoh 20 Februari 2012 hingga 19 Februari 2013. Baki lanjutan selama lima bulan 20 hari (kurang daripada enam bulan) adalah percuma iaitu antara 20 Februari 2013 hingga 10 Oktober 2013.
Cho Ha berkata, bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir antara 19 hingga 24 bulan termasuk tempoh lanjutan, mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.
Kadar bayaran lesen memandu masih RM30 setahun, katanya. (Sumber :Berita harian)
Berdasarkan pemahaman , jikalau lesen memandu antara kita tamat tempohnya pada bulan Jun 2012 contohnya, manakala tarikh lahir pula jatuh pada bulan Disember 2012, JPJ akan terus renew sehingga Disember 2013. Kira bonuslah kan? Jadi ini bermakna lesen memandu tersebut akan “hidup” selama tempoh 1 tahun 6 bulan.
Tetapi kalau lebih daripada 6 bulan kena bayar maksimum untuk 6 bulan. Tentang bayarannya, kalau setahun RM30, setengah tahun mungkin akan dikenakan caj RM15 sahaja?

Saturday, October 15, 2011

5 Pulau Tercantik di Malaysia..Cuti2 Malaysia..

Ai..apa kabar semua?? fuhh dah lama sgt Qaseh x update blog nih..very2 busy coz i'm doing for Master..ceh jd student plk..
So,utk melepaskan rindu menulis di blog nih.. entry kali ini, Qaseh  ingin berkongsi dengan semua lima buah pulau yang menjadi tarikan pelancong di Malaysia iaitu Pulau Sipadan, Tioman, Langkawi, Redang dan Perhentian. Kelima-lima pulau ini mempunyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri.

Pulau Sipadan
Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.
Pulau Tioman
Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.
Pulau Langkawi
Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dsb. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
Pulau Redang
Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini.
Pulau Perhentian
Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.
* How..? menarik sgt kan tempat pelancongan ni..kat sini ada 5 pulau yg menarik, so 2 Qaseh dah pegi..tinggal lagi 3 tempat je yg belum..waiiit i'm coming soon..

Thursday, August 11, 2011

Menu Untuk Berbuka

Dah hampir dua minggu kita berpuasa dalam tahun ni rase sekejap jer pose dah setengah bulan rupanya..tiap2 hari mesti memasak yelah..nak gi bazar ramadhan pun bukannya bleh berjimat..nak beli itulah, inilah..macam2 nak rase..maklumla lapar mmgla macam2 lah nak dibeli..

Erm hari nih nak masak ape yek utk dimkn time berbuka nnt..pening plk kepala memikirkn nak masak pe..Qaseh klu setiap hari berbuka mesti nak ade kuih ke, dessert ke...ape2 lah yg bleh dimkn sebelum makan nasi..nasi n lauk pauk mmg wajib dimasak..kuih muih mesti ada jgk..
So, tadi Qaseh ade la buat sedikit kuih popia utk dimakan waktu berbuka nnt..dah nak berbuka nnt barula digoreng....emmm sedap dimakan panas2 lagi...buat awal2 bila petang nnt xde la kelam kabut nak memasak huhuhu...


haa..nilah kuih yg dinamakan popia

aiipp pose..kena simpan dulu ptg karang baru bleh goreng
Tapi utk si kecilku yg tgh nak membesar n belum baligh lagi..Qaseh goreng sikit utk tatapan korang...


siaaap..


Nak Buat Kuih Raya....

Erm...nak buat kuih..tapi byk sgt kuih skrg nih n dah x tau Qaseh nak buat kuih ape..tapi yg paling penting n wajib kena buat ialah kuih favourite En. Hubby n anak2 ler..so nama dia biskut cornfleks madu.
Biskut nih sesgt lah senang nak buat org malas pun boleh buat tau..x penat n mudah dipraktikkan..ok, jom kita tgk ape bahan2 nk buat cornfleks madu nih...

Bahan2nya :

250 gram cornfleks (kotak kecil)
125 gram buttter (1/2 buku)
5 sudu makan madu
1 peket badam (peket kecil)- digoreng tanpa minyak
Buah ceri merah/hijau

Cara Membuat :

1. Masukkan butter dan madu dan masak atas api sehingga cair.
2. Kemudian masukkan cornfleks dan badam ke dalam adunan yang telah cair tadi dan kacau sehingga rata.
3. Masukkan ke dalam acuan dan tabur sedikit buah ceri.
4. Bakar adunan selama 10-15 sehingga dasar kekuningan (jgn terlalu lama yea..)


Tadaa... this my cornfleks cookies
Klu nak lagi colourful taburkan manik warna warni sebelum dibakar. Qaseh just letak ceri jer..klu nak cantik lagi taburkan skali bijan...Selamat mencuba resepi yg sgt senang nih..


Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Datang Lagi..

Indahnya ganjaran yg diperolehi bg org2 yg berpuasa pada bulan Ramadhan kan..byk fadhilat yg kita blh dpt seandainya kita berpuasa dgn ikhlas, byk berzikir, membuat kebaikan & amalan2 sunat yg dituntut dlm menambahkan lagi pahala bg sesorg yg berpuasa..

Bagi Qaseh tahun nih berpuasa (baru nak masuk 4 hari jek) dah bertambah bilangan dlm family..klu sblm nih kerusi kat meja makan tu ade enam kerusi..skrg nk kena letak satu lagi kerusi utk si kecik..bila time berbuka..maklum je la..sumanya dah pandai makan ape yg kita makan..sejak hari pertama pose, Qaseh dah round2 kat shopping mall..survey kot2 ade baju kurung n tudung offer yg bleh di beli..survey je dl..time byk duit nnt bleh ler beli huhuhu..

Malam plk..klu rajin Qaseh gi solat tarawih kat surau..mmg best mula2 tarawih, mana x nyer..hari pertama n minggu pertama, kedua ramai la org kat surau..tu yg qaseh kata best tadi..sbb ramai yg solat tarawih kat surau..so kite pun seronok lah dpt solat berjamaah beramai-ramai...bila dah nak akhir2 pose tuh mulalah..sorg2 hilang.. may be blik kg kot..atau pun klu yg pompuan tu buat kuih kat umah..yelah dah dkt nak raya.
.

Tapi klu kite sama2 cuba mendalami fadhilat yg ade dlm bulan ramadhan nih.. dua minggu terakhir tu lah yg sgt2 ditunggu2 oleh umat Islam..mungkin kite bleh bertemu dgn malam Lailatul Qadar..Subhanallah..Ape pun semoga ramadhan kali ini akan menambahkan pahala n amalan kite diakhirat kelak.. Wallahu a'lam..

Wednesday, July 27, 2011

Atas Nama Cinta...

Aku wanita yang punya cinta dihati
Ada dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu tlah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

c/o         Mengapa yang lain bisa mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu dalam ikatan tanpa cinta
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Ku relakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Ku bersumpah atas nama cinta  

Ulang c/o
Atas nama cinta
Ku relakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Ku bersumpah atas nama cinta  

Ku bersumpah atas nama cinta …

Ingat x pada lagu nih..alah lagu Rossa..Qaseh suka sgt lagu nih, teringat zaman bujang2 dlu. Klu dengar lagu nih mesti teringat kat En. Hubby..mase blm ade anak lagi rajin ler layan karaoke lagu nih..Cakap pasal karaoke, ade sape2 yg minat x bila dah berumahtangga nih..Qaseh mmg minat menyanyi, tapi klu sampai nak masuk pertandingan tu x ler..setakat  nyanyi2 kat dapur huhuhu..kata org tua dlu2 klu nyanyi kat dapur dapat suami tua..betul ke? Nasib baik ler En. Hubby sebaya..Org dlu2 tuh bkn ape, takut nnt tengah memasak terhangit pulak ikan ker, nasi ker, sayur ker kat dapur..tu sbb jgn menyanyi..Simbolik kan kata2 itu.

Zaman bujang2 dlu Qaseh menyanyi kat umah je..dah ler kat kg, umah kayu plk tuh..korg bayangkan klu kita pakai microfon pastu menyanyi mesti dengar satu kg.. tapi Qaseh peduli ape dgn diorg..bknnya pasang speaker kuat2..pasang mengikut halwa telinga kite je yg nak mendengar. Nak pegi ke pusat2 karaoke masa dlu2 segan..bknnya ape x tau nnt mcm mn nk pasang itu ini.. Masa bujang lagi bleh ler layan karaoke kat luar..bile dah beranak-pinak nih x kan nak hangkut sumanya..lucu plkkan..So, conclusion-nya  beli cd karaoke layan kat umah dgn anak2 lagi best..nak mkn minum x payah bayar serta menjimatkan, cuma kena rajin skit la buat jemput2 ke, kuih2 ke n minuman...

Bila kat kenduri kawin plk..klu ade pertandingan karaoke tu, teringin jgk nk join sekaki tapi malu rasanye so join sebelah kaki je..(huhuhu xdelah) maklum ler Qaseh nih mmg pemalu org nye..tapi dah peringkat dewasa nih..nak beramal jariah je..ajar anak2 ilmu yg berguna yg kite blajar dlu2..mcm Qaseh skrg nih kehendak sendiri mmg ketepikan dlu..ape2 suma hsbnd n anak2 1st.. yelah, sape lagi yg kita bleh harapkan nnt klu Qaseh dah tua x sempat nk didik n luangkan masa bersama family skrg.. Esok dah tua diorg suma yg akan tgkkn kita..betul x ? start dari muda2 nih le kena didik anak betul2 supaya esok besar diorg jadi anak yg bertangunggjawab pd keluarganya kelak..

Owh..times up..Qaseh sambung lagi di entry yg lain..see u later..


Para Penggemar Kentang Ada Info Untuk Anda

Ubi kentang sangat kaya dgn kandungan potasium, vitamin c, karbohidrat kompleks, serat atau gentian kepada gula darah atau di kenali jgk dgn nama blood sugar dan pengawalan tekanan darah. Selain itu, ia juga mengandungi protein, zat besi, vitamin B1, B2 dan B3. Ia mempunyai kandungan potassium yang jumlahnya dua kali gamda daripada buah pisang. Jumlah lemaknya pula di bawah para 25 peratus. Ubi kentang sangat sesuai bagi mereka yg mengalami kekuangan gula dalam darah yg menghidapi darah tinggi.

Ubi kentang adalah sumber terbaik untuk membentuk zat besi dalam darah. Ia juga adalah merupakan sumber yg mampu emnjamin system ketahanan badan kerana kandungan vitamin dan kalsiumnya tinggi.Kandungannya juga terdapat dahan yg boleh meneutralkan virus carcinogens dan lebih berkesan berbanding kacang soya. Manakala kulit ubi kentang kaya dengan clorogenic polypherol yang dapat membantu mengelakkan daripada mutasi sel yang boleh membawa kepada barah.

Satu kajian yang pernah dijalankan mendapati hirisan ubi kentang mentah dan jusnya boleh membantu seseorang mengurankan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Hirisannya juga boleh melegakan kesakitan pada urat atau tergeliat, kebakaran ringan dan luka-luka kecil dengan melekapkannya di atas luka tersebut. Ubi kentang lecek ( tanpa mentega ) boleh meutihkan dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan saja bermanfaat untuk tujuan perubatan malah untuk menyumbang dalam bidang kecantikkan.


Thanks Goolge
Kongsi tip bersama Qaseh

1)      Utk mengatasi masalah kulit berminyak, kupas dan parut dua biji kentang. Letakkan pada muka hingga rata, biarkan selama 30 minit. Bersihkan dengan air yg bersih dan sejuk. Utk mengatasi masalah jerawat, hiris nipis2 sebiji kentang dan kemudian tempelkan ke seluruh muka. Biarkan sampai kentang menjadi kering dan berwana keabuan. Bersihkan dgn air bersih dan sejuk. Selain itu, bagi anda yg menderita kutil, segera letakkan potongan segar kentang mentah pada kutil anda.
2)      Kentang telah menjadi sahabat semua org yg sedang mengatur pola makanan. Kentang mmg kaya karbohidrat, boleh mengeyangkan perut yg lapar. Vitamin C-nya boleh melegakan gangguan penyakit dan menjadi kaedah yg digunakan org sejak zaman nenek moyang lagi.
3)      Utk menjadikan mata kembali bersinar serta dapat menghilangkan bengkak pada mata. Parut kentang lalu masukkan ke dalam kain yg nipis dan bersih ( kain kasa atau kain mori )
dan tekapkan ke kelopak mata.
4)      Penyakit usus dan sejenisnya sgt dipengaruhi oleh sarapan. Dgn tdk bersarapan, dinding usus semakinlemah. Usus yg tidak dpt bekerja dgn baik, dpt menimbulkan pelbagai penyakit. Oleh itu, jika kita mengambil kentang sebagai sarapan akan mengelakkan dari gangguan penyakit usus.
5)      Kentang juga sgt baik utk memperkuatkan fungsi otak dan melencarkan peredaran darah, memudahkan penghadaman & detoksifikasi, menguatkan otot & tulang serta melambatkan proses penuaan, mententeramkan emosi & menceriakan kulit wajah serta memperbaiki masalah sendi.

p/s : Sape2 yg berdiet pun cepat2 amik kentang dlm program diet korang, bkn pe.. kentang nih bleh mempercepatkan kadar metabolisme lemak dlm badan..

Resipi Kentang Bakar

·         Bersihkan kentang dgn menggunakan berus dan air
·         Keringkan kentang yg basah dgn kain yg bersih atau tisu.
·         Buang tunas pd kentang atau bahagian yg tidak elok ( jika ada )
·         Cucuk-cucukkan kentang dgn garfu atau pisau
·         Masukkan ke dlm ketuhar pd suhu kepanasan 220°C selama 40 hingga 60 minit. Utk melihat sama ada kentang empuk atau tdk, cucuk dgn menggunakan garfu. Kentang masak sepenuhnya jika dpt dipotong dgn garfu tadi dgn mudah.
·         Hidangkan bersama mayonis dan sos bbq serta hiaskan dgn potongan daun bawang.
·         Sesuai dihidangkan dgn stik dan selamat mencuba…



Kentang Bakar..tadaaaa...


Sunday, July 24, 2011

Sediakan dana Kecemasan


Ramai dikalangan kita yg lupa utk mengasingkan pendapatan sbg dana kecemasan. Selalunya stp bulan kita hanya akan mengagihkan gaji utk membayar hutang, perbelanjaan dan juga simpanan. Tapi xde dana kecemasan sedangkan ia cukup penting terutama buat yg sudah berkeluarga seperti Qaseh..

Oleh sbb itu bila berlaku je perkara yg tdk dijangka ramai yg pening kepala memikirkan di mana nk mencari sumber kewangan. Sebagai contoh, tayar kereta yg perlu ditukar baru atau ahli keluarga yg mengalami masalah  kesihatan yg memerlukan rawatan segera dan sebagainya…

Berapa banyak yg patut disimpan ?

 

Sebagai garis panduan bersama..sekurang-kurangnya 10 % daripada pendapatan anda. Adalah lebih baik bermula dgn jumlah yg anda selesa dan secara perlahan-lahan menuju kea rah matlamat itu..adalah lebih baik. Matlamat anda adalah utk menyimpan dana kecemasan yg cukup utk tiga ke enam bulan perbelanjaan bulanan anda. Anda boleh melakukannya dgn cuba menyimpan sedikit demi sedikit..dan secara perlahan bertambah kepada bulan dan seterusnya.

Bilakah boleh digunakan ?

Keputusan ini bergantung kepada situasi anda utk memikirkan hal ini dgn lebih awal dan kemudian patuhi syarat2 anda sendiri. Soalan2 berikut mungkin boleh membantu anda dalam menetapkan beberapa syarat :
§  Adakah perbelanjaan ini satu keperluan atau kehendak?
§  Adakah saya benar-benar perlu membelinya hari ini?
§  Apa yang akan berlaku jika saya tidak membelanjakannya sekarang?
§  Bolehkah saya mendapat pengganti yang lebih murah?
§  Adakah cara lain untuk saya membayar perbelanjaan ini tanpa perlu berhutang?
§  Jika saya menggunakan duit ini hari ini, bagaimana perasaan saya tentang keputusan saya ini pada bulan hadapan?

Hopefully..sentiasa beringat sebelum terkena dan dana kecemasan adalah milik kita, kita tidak akan menyentuhnya jika bukan pada waktu yg diperlukan.Gunakanlah payung sebelum hujan..


Indahnya Percutian

Alhamdulillah cuaca ari ni sgt cntik skali..dah lama x gi bercuti..konon2 nya lps raya baru nk pegi, tapi alih2 dah sampai ke Port Dickson..alah ni bukannya time cuti sekolah, time weekend jer, nk release tensen..rehat2kan minda yg kusut..sambil bercuti dr buat kerja umah..tapi konfrm blik nnt byk kerja menunggu..basuh baju la, sidai n lipat kain la..mcm2 lg perkara yg biasa kita buat kat bila balik dr bercuti..

Kat PD ni..bkn nk gi shopping2 pun..just dtg nk mandi laut, mandi kolam, naik banana boat, main bersama anak kat tepi pantai..klu korg sume nk tau tempat mana yg Qaseh nak pegi bercuti.. emmm tentulah Pulau Redang..tempat jatuh lagi dikenang inikan plk tempat honeymoon..pasni..makesure nk pegi lg bwk anak2..Redaaaang wait for me..i’m comiiiiiing.. Actually..dtg kt PD ni boring bknnya ape..Qaseh dulu penah study kat sini..that y ler klu org ajak gi bercuti ke,  family day ke..tempat pertama yg paling di reject ialah PD..sory ek org2 PD.. tapi kat PD nih ade satu tempat penginapan yg paling Qaseh suke ialah Permaisuri Resort…mmg class.. acomodition die sgt2 bagus, facilities pun bagus..makanan pun okey..sape2 governmnt leh ler bermewah2 di Permaisuri Resort nih..sbb asalnya dl, tempat penginapan persekutuan..so, bila tanah tu dah diambil alih kuasanya..maka terbinalah Permaisuri ini n ade diskaun utk org government..ni kira promote la nih..Permaisuri bagi penginapan percuma di apartment studio 3h 2 m..pergh konon berangan ler sume tuh..klu dpt betul2 kn best huhuhu…


Create By Google


Esok dah nk blik umah..family Qaseh kira seronok jgk la..sbb kitorg buat family day 2 hari ni..so, xdela boring sgt..sbb ade aktiviti yg diorg anjurkan utk kitorg..skrng kan dah pertengahan taun, mana2 jabatan masing2 sibuk ler mengambil kesempatan buat family day utk group diorg..erm..ok ler..Qaseh nk berehat ni..penat sgt2…tata..


ZZzzzzzz...



Thursday, July 21, 2011

Langsing Bukan Sekadar Dengan diet & Senaman

Setiap kali klu kita sebut perkataan langsing, ramai yg akan mengaitkan dgn dit dan jgk senaman..selain dari 2 perkara tuh, byk  lagi kaedah lain utk menjadikan seseorg  wanita itu kelihatan lebih langsing..hehhehe..menarikkan??Jom kit a baca entry nih..apa yg Qaseh jumpa..

Pemakaian Busana Hitam
·         Pertama skali apa yg perlu anda tahu, anda harus tahu apa masalah yg dihadapi oleh tubuh samada bahu jatuh, pinggul lebar, perut buncit dan sebagainya lagi.
·         Dalam masa yg sama perlukan fokus. Jika anda mengalami masalah paha besar, hindari memberi tumpuan di bahagian bawah badan. Contohnya : pilih busana warna cerah utk bahagian atas manakala bahagian bawah pula warna hitam dan gayakan bersama rantai. Cara ini fokus akan tertumpu kpd bahagian atas. Selain itu, pemilihan warna cerah tadi adalah utk menonjol dan warna gelap utk menutupi.
·         Pemilihan busana membuatkan sesorg nampak profesional. Sebagai contoh : hindari memakai baju yg terlalu longgar kerana ia akan membuatkan tubuh nampak lebih besar dan tidak berbentuk. Pakailah baju yg sesuai dgn tubuh dan tidak terlalu ketat.
·         Selain motif garis vertical, anda boleh memilih motif garis asimetri yg akan menampakkan kesan yg lebih panjang serta merampingkan tubuh.
·         Bagi yg gemarkan warna terang, tiada masalah utk memakainya asalkan anda manfaatkan bahagian mana yg patut disembunyikan. Hindari pakaian dari bahan yg sarat dan boleh menyebabkan anda nampak gemuk . Pilihna material yg halus sgt sesuai..
·         Jika tubuh anda tidak terlalu tinggi, pilih seluar yg menutupi sehingga bahagian kasut. Ini akan menampakkan kaki anda lebih panjang dan membuatkan anda kelihatan tinggi.
·         Bagi yg menghadapi masalah perut buncit, hindari memilih aksesori di bahagian perut seperti seluar atau skirt labuh yg mempunyai tali pinggang besar. Ini akan menampakkan perut dan pinggang anda lebih besar.

Shading Pada Wajah
·         Teknik shading akan membuatkan wajah lebih ramping. Namu pastikan pilihan warna setingkat lebih gelap dari warna kulit.
·         Cara melakukan shading mudah saja, aplikasikan warna bedak lebih gelap di pipi da terang di tulang pipi. Setelah itu, sapukan pula warna lebih gelap pada bawah rahang. Ini membantu menyamarkan pipi anda yg tembam.
·         Penggunaan bedak padat atau alas bedak amat sesuai untuk mencipta shading di bahagian pipi tadi.
·         Hindari bedak berwarna putih atau terang serta mengandungi SPF terlalu tinggi. Ini akan membuatkan wajah nampak gemuk.
·         Selain itu sapukan warna lebih terang pada bahagian hidung agar hidung yg tenggelam akan lebih mancung.

Posisi Tubuh
·         Untuk menampakkan bentuk badan yg langsing, anda juga perlu memastikan tubuh tegak iaitu kepala hingga ke kaki anda berada dalam satu garis lurus
·         Apabila anda berdiri tegap dan menarik perut ke dalam, itu akan membuatkan anda nampak lebih langsing.
·         Selain itu amalkan pemakanan yg sihat utk menampakkan tubuh anda lebih langsing dan bermaya.
See..sopan itu cantik !!
p/s : Dgn pemakaian aksesori yg sesuai pun boleh menampakkan diri sesorg tu langsing contohnya pakai kasut tumit tinggi, pakai jam dan gelang tangan yg lebih kecil supaya menampakkan tangan kita kecil..