Bunga Falling

Monday, July 18, 2011

Tidur Dan Langsing

Di Amerika Syarikat banyak kajian dibuat terhadap tidur dan antaranya dilakukan James B. Maas, Ph.D, Profesor psikologi dari Cornell University New York.
Menurutnya :
ü  Tidur yg baik adalah selama 9 hingga 10 jam setiap malam, meskipun lapan jam sudah duanggap baik.
ü  James menjelaskan antara jam ketujuh dan kelapan anda tidur adalah saat di mana fase rapid eye movement (REM) paling lama berjalan. Pada fasa inilah sel-sel tubuh memperbaiki diri dan otak melakukan perawatan memori.
ü  Ketika tidur, fasa REM terjadi setiap 90 minit dan tempoh berlangsungnya akan semakin panjang seiring dengan perubahan malam. Jika anda hanya tidur enam jam, maka anda akan kehingan saat pentign antara jam ketujuh dan kelapan tersebut.
ü  Bagaimana apabila kurang tidur ? Ia akan menimbulkan berbagai keluhan dan penyakit. Pening, tidak boleh konsentrasi atau nafsu makan berkurangan adalah contoh keluhan yang paling ringan.
ü  Kajian juga mendapati apabila seseorang tidak tidur hanya dalam masa 28 jam sahaja koordinasi antara tangan dan mata bertambah buruk. Selain itu seseorang yang kurang tidur pada setiap hari akan mengundang pelbagai penyakit.
ü  Pakar juga mendapati orang yang tidurnya kurang dari tujuh jam sehari justeru akan menjadi gemuk. Daripada 3,682 orang, 50 peratus daripada meraka yang tidur lima jam setiap malam cenderung lebih gemuk daripada mereka yang tidur tujuh hingga Sembilan jam setiap malam.
ü  Kajian juga membuktikan apabila seseorang yang kurang tidur, maka tekanan darahnya akan naik dan moodnya cenderung buruk sama seperti degupan jantungnya.

Pola tidur dalam kehidupan seorang wanita berbeza

Wanita memiliki pola tidur yg sgt berbeza dgn lelaki.. ini kerana ada beberapa perkara yg dialami seorg wanita itu yg tidak dialami oleh seorg lelaki seperti haid, hamil, bersalin dan menopaus.

Di bawah ini ada beberapa info sket utk wanita :
§  HAID
Sebelum, semasa dan selepas haid mengakibatkan perubahan fixikal dan emaosi. Gejala perubahan mood atau keletihan pada masa ini akan mempengaruhi tidur mereka.
§  KEHAMILAN
Dari awal kehamilan hingga memasuki bulan-bulan terakhir, sebahagian besar wanita berhadapan dengan gangguan pola tidurnya disebabkan perubahan fixikal dan hormone ketika hamil.
§  MENJADI IBU
Masalah yang lazim dihadapi semua ibu adalah kurang tidur. Kewajipan merawat bayi dan menjadi ibu baru sering membuat mereka stres. Menjadi perkara biasa di awal-awal minggu setelah melahirkan, pola tidur wanita akan terganggu dan tidak betul.
§  MENOPAUS
Menjelang menopaus sampai akhirnya wanita menopaus, hormone estrogen yang dihasilkan tubuh jauh lebih sedikit daripada biasanya. Ini akan menyebabkan perubahan fixikal sekaligus perubahan pola tidur wanita.



No comments:

Post a Comment