Bunga Falling

Monday, July 18, 2011

Kerja Oh Kerja

Asyik kerja, kerja..Oops.. kite nih sbenarnya x bleh merungut..klu dah slalu merungut lama2 dah x ikhlas nk kerja tu.Tapi klu gi kerja asyik2 buat kerja yg sama pun boring gak..klu x kerja karang lagi ler boring tahap gaban..emm  ni le dikatakan lumrah hidup, mmg kita hidup di muka bumi nih kena bekerja utk dijadikan satu ibadah..bila dah kerja sket2 harta kite akan bertambah dari usaha yg kite lakukan…So, Qaseh ade terbaca satu hadis nih n nak dikongsikan bersama2 utk entry kali nih..

Sabda Rasulullah S.AW yg bermaksud , “ Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram, kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan ia bersedekah dengannya dengan harapan sedekah itu akan diterima dan meninggalkan harta pusaka ( sesudah meninggal ) melainkan semua itu sebagai bekalannya ke neraka….” (Riwayat Ahmad)

Dari hadis ni..mmg mengingatkan kite ttg berkat jika kite melakukan pekerjaan yg halal di sisi-Nya.Gaji n pendapatan yg kite dpt tu seeloknya kite berzakat sket berdasarkan syarat2 tertentu seperti Islam, Pemilikan sempurna, Pendapatan, Cukup nisab dan Haul. Kadar zakatnya adalah 2.5 peratus berpandukan kadar zakat emas kerana gaji dan pendapatan bebas itu diterima dalam bentuk mata wang atau nilai wang. InsyaAllah segala rezeki yg dikurniakan oleh Allah kpd kite akan sentiasa diredhai..



No comments:

Post a Comment