Bunga Falling

Wednesday, July 27, 2011

Atas Nama Cinta...

Aku wanita yang punya cinta dihati
Ada dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu tlah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

c/o         Mengapa yang lain bisa mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu dalam ikatan tanpa cinta
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Ku relakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Ku bersumpah atas nama cinta  

Ulang c/o
Atas nama cinta
Ku relakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Ku bersumpah atas nama cinta  

Ku bersumpah atas nama cinta …

Ingat x pada lagu nih..alah lagu Rossa..Qaseh suka sgt lagu nih, teringat zaman bujang2 dlu. Klu dengar lagu nih mesti teringat kat En. Hubby..mase blm ade anak lagi rajin ler layan karaoke lagu nih..Cakap pasal karaoke, ade sape2 yg minat x bila dah berumahtangga nih..Qaseh mmg minat menyanyi, tapi klu sampai nak masuk pertandingan tu x ler..setakat  nyanyi2 kat dapur huhuhu..kata org tua dlu2 klu nyanyi kat dapur dapat suami tua..betul ke? Nasib baik ler En. Hubby sebaya..Org dlu2 tuh bkn ape, takut nnt tengah memasak terhangit pulak ikan ker, nasi ker, sayur ker kat dapur..tu sbb jgn menyanyi..Simbolik kan kata2 itu.

Zaman bujang2 dlu Qaseh menyanyi kat umah je..dah ler kat kg, umah kayu plk tuh..korg bayangkan klu kita pakai microfon pastu menyanyi mesti dengar satu kg.. tapi Qaseh peduli ape dgn diorg..bknnya pasang speaker kuat2..pasang mengikut halwa telinga kite je yg nak mendengar. Nak pegi ke pusat2 karaoke masa dlu2 segan..bknnya ape x tau nnt mcm mn nk pasang itu ini.. Masa bujang lagi bleh ler layan karaoke kat luar..bile dah beranak-pinak nih x kan nak hangkut sumanya..lucu plkkan..So, conclusion-nya  beli cd karaoke layan kat umah dgn anak2 lagi best..nak mkn minum x payah bayar serta menjimatkan, cuma kena rajin skit la buat jemput2 ke, kuih2 ke n minuman...

Bila kat kenduri kawin plk..klu ade pertandingan karaoke tu, teringin jgk nk join sekaki tapi malu rasanye so join sebelah kaki je..(huhuhu xdelah) maklum ler Qaseh nih mmg pemalu org nye..tapi dah peringkat dewasa nih..nak beramal jariah je..ajar anak2 ilmu yg berguna yg kite blajar dlu2..mcm Qaseh skrg nih kehendak sendiri mmg ketepikan dlu..ape2 suma hsbnd n anak2 1st.. yelah, sape lagi yg kita bleh harapkan nnt klu Qaseh dah tua x sempat nk didik n luangkan masa bersama family skrg.. Esok dah tua diorg suma yg akan tgkkn kita..betul x ? start dari muda2 nih le kena didik anak betul2 supaya esok besar diorg jadi anak yg bertangunggjawab pd keluarganya kelak..

Owh..times up..Qaseh sambung lagi di entry yg lain..see u later..


Para Penggemar Kentang Ada Info Untuk Anda

Ubi kentang sangat kaya dgn kandungan potasium, vitamin c, karbohidrat kompleks, serat atau gentian kepada gula darah atau di kenali jgk dgn nama blood sugar dan pengawalan tekanan darah. Selain itu, ia juga mengandungi protein, zat besi, vitamin B1, B2 dan B3. Ia mempunyai kandungan potassium yang jumlahnya dua kali gamda daripada buah pisang. Jumlah lemaknya pula di bawah para 25 peratus. Ubi kentang sangat sesuai bagi mereka yg mengalami kekuangan gula dalam darah yg menghidapi darah tinggi.

Ubi kentang adalah sumber terbaik untuk membentuk zat besi dalam darah. Ia juga adalah merupakan sumber yg mampu emnjamin system ketahanan badan kerana kandungan vitamin dan kalsiumnya tinggi.Kandungannya juga terdapat dahan yg boleh meneutralkan virus carcinogens dan lebih berkesan berbanding kacang soya. Manakala kulit ubi kentang kaya dengan clorogenic polypherol yang dapat membantu mengelakkan daripada mutasi sel yang boleh membawa kepada barah.

Satu kajian yang pernah dijalankan mendapati hirisan ubi kentang mentah dan jusnya boleh membantu seseorang mengurankan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Hirisannya juga boleh melegakan kesakitan pada urat atau tergeliat, kebakaran ringan dan luka-luka kecil dengan melekapkannya di atas luka tersebut. Ubi kentang lecek ( tanpa mentega ) boleh meutihkan dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan saja bermanfaat untuk tujuan perubatan malah untuk menyumbang dalam bidang kecantikkan.


Thanks Goolge
Kongsi tip bersama Qaseh

1)      Utk mengatasi masalah kulit berminyak, kupas dan parut dua biji kentang. Letakkan pada muka hingga rata, biarkan selama 30 minit. Bersihkan dengan air yg bersih dan sejuk. Utk mengatasi masalah jerawat, hiris nipis2 sebiji kentang dan kemudian tempelkan ke seluruh muka. Biarkan sampai kentang menjadi kering dan berwana keabuan. Bersihkan dgn air bersih dan sejuk. Selain itu, bagi anda yg menderita kutil, segera letakkan potongan segar kentang mentah pada kutil anda.
2)      Kentang telah menjadi sahabat semua org yg sedang mengatur pola makanan. Kentang mmg kaya karbohidrat, boleh mengeyangkan perut yg lapar. Vitamin C-nya boleh melegakan gangguan penyakit dan menjadi kaedah yg digunakan org sejak zaman nenek moyang lagi.
3)      Utk menjadikan mata kembali bersinar serta dapat menghilangkan bengkak pada mata. Parut kentang lalu masukkan ke dalam kain yg nipis dan bersih ( kain kasa atau kain mori )
dan tekapkan ke kelopak mata.
4)      Penyakit usus dan sejenisnya sgt dipengaruhi oleh sarapan. Dgn tdk bersarapan, dinding usus semakinlemah. Usus yg tidak dpt bekerja dgn baik, dpt menimbulkan pelbagai penyakit. Oleh itu, jika kita mengambil kentang sebagai sarapan akan mengelakkan dari gangguan penyakit usus.
5)      Kentang juga sgt baik utk memperkuatkan fungsi otak dan melencarkan peredaran darah, memudahkan penghadaman & detoksifikasi, menguatkan otot & tulang serta melambatkan proses penuaan, mententeramkan emosi & menceriakan kulit wajah serta memperbaiki masalah sendi.

p/s : Sape2 yg berdiet pun cepat2 amik kentang dlm program diet korang, bkn pe.. kentang nih bleh mempercepatkan kadar metabolisme lemak dlm badan..

Resipi Kentang Bakar

·         Bersihkan kentang dgn menggunakan berus dan air
·         Keringkan kentang yg basah dgn kain yg bersih atau tisu.
·         Buang tunas pd kentang atau bahagian yg tidak elok ( jika ada )
·         Cucuk-cucukkan kentang dgn garfu atau pisau
·         Masukkan ke dlm ketuhar pd suhu kepanasan 220°C selama 40 hingga 60 minit. Utk melihat sama ada kentang empuk atau tdk, cucuk dgn menggunakan garfu. Kentang masak sepenuhnya jika dpt dipotong dgn garfu tadi dgn mudah.
·         Hidangkan bersama mayonis dan sos bbq serta hiaskan dgn potongan daun bawang.
·         Sesuai dihidangkan dgn stik dan selamat mencuba…



Kentang Bakar..tadaaaa...


Sunday, July 24, 2011

Sediakan dana Kecemasan


Ramai dikalangan kita yg lupa utk mengasingkan pendapatan sbg dana kecemasan. Selalunya stp bulan kita hanya akan mengagihkan gaji utk membayar hutang, perbelanjaan dan juga simpanan. Tapi xde dana kecemasan sedangkan ia cukup penting terutama buat yg sudah berkeluarga seperti Qaseh..

Oleh sbb itu bila berlaku je perkara yg tdk dijangka ramai yg pening kepala memikirkan di mana nk mencari sumber kewangan. Sebagai contoh, tayar kereta yg perlu ditukar baru atau ahli keluarga yg mengalami masalah  kesihatan yg memerlukan rawatan segera dan sebagainya…

Berapa banyak yg patut disimpan ?

 

Sebagai garis panduan bersama..sekurang-kurangnya 10 % daripada pendapatan anda. Adalah lebih baik bermula dgn jumlah yg anda selesa dan secara perlahan-lahan menuju kea rah matlamat itu..adalah lebih baik. Matlamat anda adalah utk menyimpan dana kecemasan yg cukup utk tiga ke enam bulan perbelanjaan bulanan anda. Anda boleh melakukannya dgn cuba menyimpan sedikit demi sedikit..dan secara perlahan bertambah kepada bulan dan seterusnya.

Bilakah boleh digunakan ?

Keputusan ini bergantung kepada situasi anda utk memikirkan hal ini dgn lebih awal dan kemudian patuhi syarat2 anda sendiri. Soalan2 berikut mungkin boleh membantu anda dalam menetapkan beberapa syarat :
§  Adakah perbelanjaan ini satu keperluan atau kehendak?
§  Adakah saya benar-benar perlu membelinya hari ini?
§  Apa yang akan berlaku jika saya tidak membelanjakannya sekarang?
§  Bolehkah saya mendapat pengganti yang lebih murah?
§  Adakah cara lain untuk saya membayar perbelanjaan ini tanpa perlu berhutang?
§  Jika saya menggunakan duit ini hari ini, bagaimana perasaan saya tentang keputusan saya ini pada bulan hadapan?

Hopefully..sentiasa beringat sebelum terkena dan dana kecemasan adalah milik kita, kita tidak akan menyentuhnya jika bukan pada waktu yg diperlukan.Gunakanlah payung sebelum hujan..


Indahnya Percutian

Alhamdulillah cuaca ari ni sgt cntik skali..dah lama x gi bercuti..konon2 nya lps raya baru nk pegi, tapi alih2 dah sampai ke Port Dickson..alah ni bukannya time cuti sekolah, time weekend jer, nk release tensen..rehat2kan minda yg kusut..sambil bercuti dr buat kerja umah..tapi konfrm blik nnt byk kerja menunggu..basuh baju la, sidai n lipat kain la..mcm2 lg perkara yg biasa kita buat kat bila balik dr bercuti..

Kat PD ni..bkn nk gi shopping2 pun..just dtg nk mandi laut, mandi kolam, naik banana boat, main bersama anak kat tepi pantai..klu korg sume nk tau tempat mana yg Qaseh nak pegi bercuti.. emmm tentulah Pulau Redang..tempat jatuh lagi dikenang inikan plk tempat honeymoon..pasni..makesure nk pegi lg bwk anak2..Redaaaang wait for me..i’m comiiiiiing.. Actually..dtg kt PD ni boring bknnya ape..Qaseh dulu penah study kat sini..that y ler klu org ajak gi bercuti ke,  family day ke..tempat pertama yg paling di reject ialah PD..sory ek org2 PD.. tapi kat PD nih ade satu tempat penginapan yg paling Qaseh suke ialah Permaisuri Resort…mmg class.. acomodition die sgt2 bagus, facilities pun bagus..makanan pun okey..sape2 governmnt leh ler bermewah2 di Permaisuri Resort nih..sbb asalnya dl, tempat penginapan persekutuan..so, bila tanah tu dah diambil alih kuasanya..maka terbinalah Permaisuri ini n ade diskaun utk org government..ni kira promote la nih..Permaisuri bagi penginapan percuma di apartment studio 3h 2 m..pergh konon berangan ler sume tuh..klu dpt betul2 kn best huhuhu…


Create By Google


Esok dah nk blik umah..family Qaseh kira seronok jgk la..sbb kitorg buat family day 2 hari ni..so, xdela boring sgt..sbb ade aktiviti yg diorg anjurkan utk kitorg..skrng kan dah pertengahan taun, mana2 jabatan masing2 sibuk ler mengambil kesempatan buat family day utk group diorg..erm..ok ler..Qaseh nk berehat ni..penat sgt2…tata..


ZZzzzzzz...



Thursday, July 21, 2011

Langsing Bukan Sekadar Dengan diet & Senaman

Setiap kali klu kita sebut perkataan langsing, ramai yg akan mengaitkan dgn dit dan jgk senaman..selain dari 2 perkara tuh, byk  lagi kaedah lain utk menjadikan seseorg  wanita itu kelihatan lebih langsing..hehhehe..menarikkan??Jom kit a baca entry nih..apa yg Qaseh jumpa..

Pemakaian Busana Hitam
·         Pertama skali apa yg perlu anda tahu, anda harus tahu apa masalah yg dihadapi oleh tubuh samada bahu jatuh, pinggul lebar, perut buncit dan sebagainya lagi.
·         Dalam masa yg sama perlukan fokus. Jika anda mengalami masalah paha besar, hindari memberi tumpuan di bahagian bawah badan. Contohnya : pilih busana warna cerah utk bahagian atas manakala bahagian bawah pula warna hitam dan gayakan bersama rantai. Cara ini fokus akan tertumpu kpd bahagian atas. Selain itu, pemilihan warna cerah tadi adalah utk menonjol dan warna gelap utk menutupi.
·         Pemilihan busana membuatkan sesorg nampak profesional. Sebagai contoh : hindari memakai baju yg terlalu longgar kerana ia akan membuatkan tubuh nampak lebih besar dan tidak berbentuk. Pakailah baju yg sesuai dgn tubuh dan tidak terlalu ketat.
·         Selain motif garis vertical, anda boleh memilih motif garis asimetri yg akan menampakkan kesan yg lebih panjang serta merampingkan tubuh.
·         Bagi yg gemarkan warna terang, tiada masalah utk memakainya asalkan anda manfaatkan bahagian mana yg patut disembunyikan. Hindari pakaian dari bahan yg sarat dan boleh menyebabkan anda nampak gemuk . Pilihna material yg halus sgt sesuai..
·         Jika tubuh anda tidak terlalu tinggi, pilih seluar yg menutupi sehingga bahagian kasut. Ini akan menampakkan kaki anda lebih panjang dan membuatkan anda kelihatan tinggi.
·         Bagi yg menghadapi masalah perut buncit, hindari memilih aksesori di bahagian perut seperti seluar atau skirt labuh yg mempunyai tali pinggang besar. Ini akan menampakkan perut dan pinggang anda lebih besar.

Shading Pada Wajah
·         Teknik shading akan membuatkan wajah lebih ramping. Namu pastikan pilihan warna setingkat lebih gelap dari warna kulit.
·         Cara melakukan shading mudah saja, aplikasikan warna bedak lebih gelap di pipi da terang di tulang pipi. Setelah itu, sapukan pula warna lebih gelap pada bawah rahang. Ini membantu menyamarkan pipi anda yg tembam.
·         Penggunaan bedak padat atau alas bedak amat sesuai untuk mencipta shading di bahagian pipi tadi.
·         Hindari bedak berwarna putih atau terang serta mengandungi SPF terlalu tinggi. Ini akan membuatkan wajah nampak gemuk.
·         Selain itu sapukan warna lebih terang pada bahagian hidung agar hidung yg tenggelam akan lebih mancung.

Posisi Tubuh
·         Untuk menampakkan bentuk badan yg langsing, anda juga perlu memastikan tubuh tegak iaitu kepala hingga ke kaki anda berada dalam satu garis lurus
·         Apabila anda berdiri tegap dan menarik perut ke dalam, itu akan membuatkan anda nampak lebih langsing.
·         Selain itu amalkan pemakanan yg sihat utk menampakkan tubuh anda lebih langsing dan bermaya.
See..sopan itu cantik !!
p/s : Dgn pemakaian aksesori yg sesuai pun boleh menampakkan diri sesorg tu langsing contohnya pakai kasut tumit tinggi, pakai jam dan gelang tangan yg lebih kecil supaya menampakkan tangan kita kecil..


Doa Untuk Suami


Setiap doa pasti dimakbulkan samada cepat atau lambat..InsyaAllah..
Sayang kn anak tangan-tangankn, sayangkn isteri tinggal-tinggalkn, sayangkn suami di bawa ke mati. Itulah kasih saying suami isteri dalam sesebuah rumahtangga bersifat subjektif. Ada mcm2 cara org meluahkankn kasih sayang..ada yg begitu menonjolkn kata-kata indah pagi, petang, siang dan malam..ada jgk yg menyimpannya sendiri di dalam hati..Bagi org seperti ini, kasih sayang bukan terletak pd kata-kata tetapi bukti rasa kasih itu yg penting..

Namun lumrahnya bagi seorg wanita ni..kasih sayang suami biarlah jelas..iaitu melalui perbuatan dan kata-kata..Tetapi berbeza bagi kebanyakn lelaki..Bagi mereka, kata2 cinta adal mainan bibir untuk menyedapkan hati. Apa yg penting tanggungjawab untuk membuktikan cinta itu..Inila delima yg sering ‘memerangkap’ sebuah hubungan dlm perkahwinan..bila cinta tdk terluah dan bila doa tdk kesampaian..

Ada satu kisah yg Qaseh terbaca dlm majalah..Seorg suami meluahkan rasa tdk puas hati apabila isterinya bertindak menjauhkan diri drpdnya, kerana tdk tahan dgn sikap ego dirinya sebagai suami.

“ Saya tahu kesalahan saya. Saya sudah memohon maaf tetapi isteri saya yg lembut ini, berubah sikap sebaliknya. Dia meninggalkan saya setelah berpuluh tahun kami berumahtangga. Saya tak sangka, seorg yg lembut sepertinya dan bijak pula dlm pengetahuan agama, meninggalkan saya biarpun dia tahu saya masih memerlukannya”. Kata lelaki itu.

“ Apabila sedar kesilapan yg saya lakukan, saya berusaha memperbaiki diri tetapi menurut isteri saya, semuanya sudah terlambat. Dia sudah bosan dgn sikap saya dan cara yg terbaik skrg adalah perpisahan. Itu yg dipintanya drpd saya skrg ni. Sudah terlambatkah saya? ” .

Bagi Qaseh tak ada istilah terlambat utk menyelesaikan sesuatu keadan yg dan memperbetulkan mana yg tersalah, asalkan kedua pihak bersedia menerimanya dgn hati yg terbuka. Jangan terlalu mengikut kata hati, kerana syurga seorg anak di bawah telapak kaki ibunya..dan syurga seorg isteri di bawh naungan kasih seorg suami.

“ Dulu ketika saya tersedar kesilapan sendiri, saya fikir ini kerana doa seorg isteri, tetapi saya tersilap.. apabila dia meninggalkan saya di saat saya tersedar dan ingin membetulkan kesilapan itu…dia tiada disisi…” kata lelaki itu lagi dgn nada menyesal..

Actually, Tangunggjawab seorg isteri mmg besar, sbb ditangannya terletak sumber kebahagiaan sebuah rumahtangga. Doa ikhlasnya yg tanpa jemu mudah dimakbulkan..Apalagi jika doa itu utk kebaikan suami dan anak2. Kerana itu, wanita dan isteri solehah boleh memilih pintu syurga yg mana ingin dimasukinya, setelah berjaya menjalani amanah yg terpikul dibahunya dgn kesabaran dan ketakwaan.

Untuk itu selagi ada kasih di dada seorg isteri utk seorg suami, berdoalah kerana doa seorg isteri cepat didengari Allah swt. Insya Allah..Semoga kita sama2 dapat manfaat, pengajaran dan pengetahuan dari apa yg telah kita pelajari..


Beribu Sesalan ( Jaclyn / Ning / Shila )

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang cukup sunyi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kepangku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik pada rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suara mu

c/o Kekasihku di dalamnya yang berliku
Di saat ku perlukan mu
Tertutup jua segalanya terhadap ku
Di sini…ku tersendu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku menusuk duka ini diri ini..
Kisah janji dimungkiri lagi..

Oooo..Ooo..Ooo..

Ulang  c/o

Sia-siaku mencintai mu…
Setia pada mu…
Percayakan mu…
Sebak dada ku…
Getar hati ku…
Luka jiwa ku…
Dihiris pilu…

Beribu sesalanku…

p/s : Nih lagu dalam cite Anissa, lagu tema cite nih Qaseh x amik…amik lagu nih je sbb syahdu skit.


Wednesday, July 20, 2011

Macam Nak Makan Spaghetti

Hai sume..teringin plk nk makan spaghetti sbb td baru je lps tgk dkt tv spaghetti bolognise pizza..sedap jgk klu dapat makan. Kat umah Qaseh mmg stanby spaghetti  klu2 ade tetamu dtg Qaseh akan prepare utk jamu diorg makan.Tapi bahan2 utk bolognise x de plk sbb ari tuh dah buat n x beli lagi..tapi, ah hah..Qaseh jumpa mushroom soup. So bleh buat spaghetti carbonara lagi pun x berapa pedas n anak2 suka makan.
Let’s join Qaseh..

Bahan-bahan :
1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
 2 peket mushroom soup
Sedikit isi ayam atau daging ( guna yang kisar punya)
Bawang putih (cincang)
Bawang besar (cincang)
Mushroom butang (dihiris)
1/2 cawan susu segar
Sedikit daun parsley
Garam secukup rasa
Sedikit lada sulah.

Cara-cara
Macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan ketepikankan. Tumiskan bawang putih dan besar hingga naik bau dan masak masukkan daging kisar tadi sampai ia masak k. Masukkan mushroom soup tadi dan  kacau bersama-sama dengan daging. Masukkan mushroom dan gaul hingga sebati. Nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim. Letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya. Untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tu tadi bila dihidangkan.

 

That's Spaghetti Carbonara

p/s : Klu xde daun parsley bleh je nk letak daun bawang n daun sup utk hiasan n menambah selera..klu nk banyak rencah kat dlm tu letak la sosej skali.


Petua 8P ( Muslim Parents )

Mempunyai pasangan dalam hidup utk sama-sama berkongsi segala suka duka, masalah yg dihadapi serta segala-galanya sangat2 indah dalam hidup berumahtangga...berikut adalah petua yg digariskan utk menjadi panduan kita semua..

1.     P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2.   Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. 
3.  P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4.  ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah TanggaAmalan Ibu Mengandungdan Panduan Mencerdaskan Minda
5.     Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’. 
6.     Menurutnya,P selanjutnya membawa maksu‘pergaulan’iaitu pasangan suami isteri mesti
menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. 
7.     Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8.     Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.


Tuesday, July 19, 2011

Kepentingan Senyum

Senyum seindah suria..membawa bahagia..Qaseh nak kongsi ttg makna senyum utk enty ni..so, sape yg tgh baca pastikan anda tersenyum sokmo..

v  Senyum sebagai satu sedekah dan paling utama ianya tanda keikhlasan.
v  Senyum yang diberikan juga menggambarkan perasaan atau jiwa kita.
v  Senyum lambang kesihatan kerana mereka yang sihat jiwanya akan sentiasa tersenyum.
v  Senyuman juga adalah aksesori atau hiasan semula jadi yang tidak perlu ditambah semula tenaganya kerana ia akan lahir begitu sahaja.
v  Selain itu, senyuman adalah mukadimah pertama yang hebat kerana kuasanya begitu menarik orang lain dekat atau duduk bersama dengan kita.
v  Senyum juga lambang kejayaan kerana orang yang banyak tersenyum adalah orang yang Berjaya.
v  Orang yang suka tersenyum adalah mereka yang dekat dengan Allah dan banyak bersyukur.
v  Tiada dendam dalam jiwa seseorang yang mudah member senyuman.
v  Senyuman yang paling berkesan adalah yang dapat dirasai semua orang.
v  Selain itu senyuman adalah terapi terbaik penawar sakit jiwa.

p/s : Lepas ni jgn pulak tersenyum sorang2 nnt dikatakan kerang busuk plk..ish  ish  sian kat kerang tu kan kena kata..


Nasi Goreng Kampung Qaseh


Erm..malam td nak mkn nasi rasa tekak x selera sbb tekak Qaseh nih rasa perit2 je..mcm nk dtg penyakit batuk plk. tgk kat dlm peti sejuk ade sayur kangkung..cili padi pun ade..apelagi, Qaseh pun buatla nasi goreng kampung sbb kat umah semua suka makan nasi goreng kampung lebih2 lg En. Hubby. So sepantas kilat Qaseh menyediakan dinner mlm tadi nasi goreng utk family tersayang.

Bahan-bahan :
4 cawan nasi putih
7 biji cili padi  - ikut suka nk pedas @ x.
1 biji bawang besar  - qaseh suka guna bawang besar          ( ditumbuk halus )
2 ulas bawang putih                                                           ( ditumbuk halus )
½ sudu besar belacan                                                         ( ditumbuk halus )
2 biji telur
½ genggam sayur kangkung
Ikan bilis goreng
Beberapa potong daging ayam
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

1.       Panaskan minyak di dalam kuali, goreng telur dan hancurkan bila dah masak angkat dan ketepikan.
2.       Guna kuali yg sama, tumis bahan yg di tumbuk ( bawang besar, bawang putih & belacan ) sehingga naik bau.
3.       Masukkan daging ayam sehingga masak kemudian sayur kangkung kacau sehingga layu dan masukkan garam sesedap rasa.
4.       Kemudian masukkan nasi putih, ikan bilis goreng dan telur yg digoreng tadi kedalam kuali.. kacau sehingga sebati selama 8 minit.
5.       Apabila dah sebati dan nasi dah panas tutup api, bolehla dihidang dan dimakan..

 p/s : Makan panas2 lagi sedap..letak timun , telur goreng n sambal belacan dah jadi mcm kat kedai makan..



Greatest Marriage



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.


” Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,''

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS)juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,'' katanya.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah. 

p/s : A great marriage is not when the perfect couple comes together, it is when the imperfect couple learns to enjoy their differences...



Nak Shopping Ke..Window Shopping?

Bulan bganti bulan..dah nak masuk bulan pose..Qaseh n family blm lg buat persiapan baju raya..kat dkt kedai2 n shopping kompleks dah byk promotion raya. Baju kite yg dewasa ni x pelah lg klu lambat beli, baju ank2 tuh mmg patut beli awal sblm pose..bkn pe nnt x de saiz plk. Tgkla nnt dpt gaji ujung bln baru nk gi shopping..weekend yg lps gi jenjalan dgn family, peniaga2 dah sibuk buka lot shop tambahan kat luar kedai..alah klu kat PKNS S.Alam kan slalu ade jalan kat luarkan.. dah prepare tuk jualan besar-besaran la kiranya..yg kite nih tinggalkan sediakn bajet je nk beli. Klu ikutkan hati tgh2 x bergaji, dgn saki baki duit yg ade nak jer beli baju2 kat situ, nasib baiklah teringat yg diri nih..dah berderet2 kat belakang yg mengikut klu time2 solo dulu mmg dah abis jgk ler saki baki tadi…

Qaseh mmg suke prepare awal2, sbb bila bln pose dah x de masa nk membeli belah..maklum ler ibu mithali huhuhu..sibuk nk buat biskut raya plk lah utk anak2. Tapi skrg nih dah x pyh buat biskut raye..berlambak jual kat mana2 kedai ade duit, tunjuk2 jer kat kedai dah siap. Tak payah nk berpeluh-peluh kat umah nk buat..Qaseh masa bujang2 dulu mmg rajin jgk buat biskut raya..nk bagi kelainan sket kat biskut raya kita bila org dtg nk mkn biskut kat umah, sbb kueh yg jualkan kata org ler rasa sama je..mesti beli nih..So, bila dah beranak nih ade ati jgk nak buat biskut sndiri, sbb En. Hubby suke biskut confleks..klu Qaseh ade masa n tak M oklah..sume jadi, klu dtg M tu jwbnyer kat kedai je la..order.


Kerja Baik-baik..Jaga Diri Elok-Elok..

Ok..kepada adik2 yg nk cari kerja, cari yg betul2 kita tahu ttg maklumat majikan tu.. Walaupun sudah lama Qaseh bkerja, namun antara pesanan yg masih sama yg biasa dipesan oleh mak, “ Kerja baik2..jaga diri elok2..”. Qaseh percaya kebanyakkan ibubapa juga berpesan lebih kurang sama pd sume anaknya..samada gi kerja mahupun ke sekolah. Malah mungkin ada ibubapa yg begitu cerewet dgn setiap sen yg dihulurkan anak2 kepadanya. Bukan cerewet sbb kurang atau sikit duit yg diterima tapi cerewet ttg sumber dtgnya duit itu..Atau dgn kata lain, diorg mahu memastikan duit yg diterima dtg dr sumber yg betul, sumber yg halal n x menyalahi undang2, adat, moral n etika..

Kadang kala bkn sala ibubapa, bkn ibubapa x memberikan peringatan, namun anak2 sendiri yg terlebih ghairah n cepat terpengaruh. Ibubapa yg kite ni selalunya menyangka yg baik2 je sbb terlalu percayakan pada kemampuan anaknya. Skrng ni dalam pasaran kerjaya yg byk persaingan, ada org sanggup lakukan apa saje asalkan die bekerja. Ada yg berani mati, ada yg terlalu terdesak, malah x kurang yg pendek akal krn desakan keadaan. Dgn RM begitu menekan shingga ade yg tidak sedar mereka  mungkin bleh terjebak dgn tipu daya yg x dijangka..

Sekadar berhati2 x memadai sebenarnya..ramai jgk yg beringat2 tapi perangkap x penah mengenal siapa..Dgn sijil yg berjela2 n pendidikan setinggi bukit..ramai org sangka dia dah cukup bijak membuat pertimbangan..namun tu bkn jaminan sesorg tu tetap selamat. Yg penting, tahap berhati2 tu kena perlu lebih lg berbanding biasa. Selain tu yg x kurang penting..sbg org Islam, kita sbnrnya ada ‘ pendinding ’ yg mungkin x nampak di mana2 tapi jelas di hati..iaitu keyakinan kita bahawa Allah adala segalanya n pelindung yg terbaik dlm setiap detik senang atau susah.
Ape pun slamat Berjaya yg sedang2 mencari kerja…