Bunga Falling

Thursday, July 21, 2011

Doa Untuk Suami


Setiap doa pasti dimakbulkan samada cepat atau lambat..InsyaAllah..
Sayang kn anak tangan-tangankn, sayangkn isteri tinggal-tinggalkn, sayangkn suami di bawa ke mati. Itulah kasih saying suami isteri dalam sesebuah rumahtangga bersifat subjektif. Ada mcm2 cara org meluahkankn kasih sayang..ada yg begitu menonjolkn kata-kata indah pagi, petang, siang dan malam..ada jgk yg menyimpannya sendiri di dalam hati..Bagi org seperti ini, kasih sayang bukan terletak pd kata-kata tetapi bukti rasa kasih itu yg penting..

Namun lumrahnya bagi seorg wanita ni..kasih sayang suami biarlah jelas..iaitu melalui perbuatan dan kata-kata..Tetapi berbeza bagi kebanyakn lelaki..Bagi mereka, kata2 cinta adal mainan bibir untuk menyedapkan hati. Apa yg penting tanggungjawab untuk membuktikan cinta itu..Inila delima yg sering ‘memerangkap’ sebuah hubungan dlm perkahwinan..bila cinta tdk terluah dan bila doa tdk kesampaian..

Ada satu kisah yg Qaseh terbaca dlm majalah..Seorg suami meluahkan rasa tdk puas hati apabila isterinya bertindak menjauhkan diri drpdnya, kerana tdk tahan dgn sikap ego dirinya sebagai suami.

“ Saya tahu kesalahan saya. Saya sudah memohon maaf tetapi isteri saya yg lembut ini, berubah sikap sebaliknya. Dia meninggalkan saya setelah berpuluh tahun kami berumahtangga. Saya tak sangka, seorg yg lembut sepertinya dan bijak pula dlm pengetahuan agama, meninggalkan saya biarpun dia tahu saya masih memerlukannya”. Kata lelaki itu.

“ Apabila sedar kesilapan yg saya lakukan, saya berusaha memperbaiki diri tetapi menurut isteri saya, semuanya sudah terlambat. Dia sudah bosan dgn sikap saya dan cara yg terbaik skrg adalah perpisahan. Itu yg dipintanya drpd saya skrg ni. Sudah terlambatkah saya? ” .

Bagi Qaseh tak ada istilah terlambat utk menyelesaikan sesuatu keadan yg dan memperbetulkan mana yg tersalah, asalkan kedua pihak bersedia menerimanya dgn hati yg terbuka. Jangan terlalu mengikut kata hati, kerana syurga seorg anak di bawah telapak kaki ibunya..dan syurga seorg isteri di bawh naungan kasih seorg suami.

“ Dulu ketika saya tersedar kesilapan sendiri, saya fikir ini kerana doa seorg isteri, tetapi saya tersilap.. apabila dia meninggalkan saya di saat saya tersedar dan ingin membetulkan kesilapan itu…dia tiada disisi…” kata lelaki itu lagi dgn nada menyesal..

Actually, Tangunggjawab seorg isteri mmg besar, sbb ditangannya terletak sumber kebahagiaan sebuah rumahtangga. Doa ikhlasnya yg tanpa jemu mudah dimakbulkan..Apalagi jika doa itu utk kebaikan suami dan anak2. Kerana itu, wanita dan isteri solehah boleh memilih pintu syurga yg mana ingin dimasukinya, setelah berjaya menjalani amanah yg terpikul dibahunya dgn kesabaran dan ketakwaan.

Untuk itu selagi ada kasih di dada seorg isteri utk seorg suami, berdoalah kerana doa seorg isteri cepat didengari Allah swt. Insya Allah..Semoga kita sama2 dapat manfaat, pengajaran dan pengetahuan dari apa yg telah kita pelajari..


No comments:

Post a Comment