Bunga Falling

Thursday, July 21, 2011

Doa Untuk Suami


Setiap doa pasti dimakbulkan samada cepat atau lambat..InsyaAllah..
Sayang kn anak tangan-tangankn, sayangkn isteri tinggal-tinggalkn, sayangkn suami di bawa ke mati. Itulah kasih saying suami isteri dalam sesebuah rumahtangga bersifat subjektif. Ada mcm2 cara org meluahkankn kasih sayang..ada yg begitu menonjolkn kata-kata indah pagi, petang, siang dan malam..ada jgk yg menyimpannya sendiri di dalam hati..Bagi org seperti ini, kasih sayang bukan terletak pd kata-kata tetapi bukti rasa kasih itu yg penting..

Namun lumrahnya bagi seorg wanita ni..kasih sayang suami biarlah jelas..iaitu melalui perbuatan dan kata-kata..Tetapi berbeza bagi kebanyakn lelaki..Bagi mereka, kata2 cinta adal mainan bibir untuk menyedapkan hati. Apa yg penting tanggungjawab untuk membuktikan cinta itu..Inila delima yg sering ‘memerangkap’ sebuah hubungan dlm perkahwinan..bila cinta tdk terluah dan bila doa tdk kesampaian..

Ada satu kisah yg Qaseh terbaca dlm majalah..Seorg suami meluahkan rasa tdk puas hati apabila isterinya bertindak menjauhkan diri drpdnya, kerana tdk tahan dgn sikap ego dirinya sebagai suami.

“ Saya tahu kesalahan saya. Saya sudah memohon maaf tetapi isteri saya yg lembut ini, berubah sikap sebaliknya. Dia meninggalkan saya setelah berpuluh tahun kami berumahtangga. Saya tak sangka, seorg yg lembut sepertinya dan bijak pula dlm pengetahuan agama, meninggalkan saya biarpun dia tahu saya masih memerlukannya”. Kata lelaki itu.

“ Apabila sedar kesilapan yg saya lakukan, saya berusaha memperbaiki diri tetapi menurut isteri saya, semuanya sudah terlambat. Dia sudah bosan dgn sikap saya dan cara yg terbaik skrg adalah perpisahan. Itu yg dipintanya drpd saya skrg ni. Sudah terlambatkah saya? ” .

Bagi Qaseh tak ada istilah terlambat utk menyelesaikan sesuatu keadan yg dan memperbetulkan mana yg tersalah, asalkan kedua pihak bersedia menerimanya dgn hati yg terbuka. Jangan terlalu mengikut kata hati, kerana syurga seorg anak di bawah telapak kaki ibunya..dan syurga seorg isteri di bawh naungan kasih seorg suami.

“ Dulu ketika saya tersedar kesilapan sendiri, saya fikir ini kerana doa seorg isteri, tetapi saya tersilap.. apabila dia meninggalkan saya di saat saya tersedar dan ingin membetulkan kesilapan itu…dia tiada disisi…” kata lelaki itu lagi dgn nada menyesal..

Actually, Tangunggjawab seorg isteri mmg besar, sbb ditangannya terletak sumber kebahagiaan sebuah rumahtangga. Doa ikhlasnya yg tanpa jemu mudah dimakbulkan..Apalagi jika doa itu utk kebaikan suami dan anak2. Kerana itu, wanita dan isteri solehah boleh memilih pintu syurga yg mana ingin dimasukinya, setelah berjaya menjalani amanah yg terpikul dibahunya dgn kesabaran dan ketakwaan.

Untuk itu selagi ada kasih di dada seorg isteri utk seorg suami, berdoalah kerana doa seorg isteri cepat didengari Allah swt. Insya Allah..Semoga kita sama2 dapat manfaat, pengajaran dan pengetahuan dari apa yg telah kita pelajari..


Beribu Sesalan ( Jaclyn / Ning / Shila )

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang cukup sunyi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kepangku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik pada rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suara mu

c/o Kekasihku di dalamnya yang berliku
Di saat ku perlukan mu
Tertutup jua segalanya terhadap ku
Di sini…ku tersendu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku menusuk duka ini diri ini..
Kisah janji dimungkiri lagi..

Oooo..Ooo..Ooo..

Ulang  c/o

Sia-siaku mencintai mu…
Setia pada mu…
Percayakan mu…
Sebak dada ku…
Getar hati ku…
Luka jiwa ku…
Dihiris pilu…

Beribu sesalanku…

p/s : Nih lagu dalam cite Anissa, lagu tema cite nih Qaseh x amik…amik lagu nih je sbb syahdu skit.


Wednesday, July 20, 2011

Macam Nak Makan Spaghetti

Hai sume..teringin plk nk makan spaghetti sbb td baru je lps tgk dkt tv spaghetti bolognise pizza..sedap jgk klu dapat makan. Kat umah Qaseh mmg stanby spaghetti  klu2 ade tetamu dtg Qaseh akan prepare utk jamu diorg makan.Tapi bahan2 utk bolognise x de plk sbb ari tuh dah buat n x beli lagi..tapi, ah hah..Qaseh jumpa mushroom soup. So bleh buat spaghetti carbonara lagi pun x berapa pedas n anak2 suka makan.
Let’s join Qaseh..

Bahan-bahan :
1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
 2 peket mushroom soup
Sedikit isi ayam atau daging ( guna yang kisar punya)
Bawang putih (cincang)
Bawang besar (cincang)
Mushroom butang (dihiris)
1/2 cawan susu segar
Sedikit daun parsley
Garam secukup rasa
Sedikit lada sulah.

Cara-cara
Macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan ketepikankan. Tumiskan bawang putih dan besar hingga naik bau dan masak masukkan daging kisar tadi sampai ia masak k. Masukkan mushroom soup tadi dan  kacau bersama-sama dengan daging. Masukkan mushroom dan gaul hingga sebati. Nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim. Letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya. Untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tu tadi bila dihidangkan.

 

That's Spaghetti Carbonara

p/s : Klu xde daun parsley bleh je nk letak daun bawang n daun sup utk hiasan n menambah selera..klu nk banyak rencah kat dlm tu letak la sosej skali.


Petua 8P ( Muslim Parents )

Mempunyai pasangan dalam hidup utk sama-sama berkongsi segala suka duka, masalah yg dihadapi serta segala-galanya sangat2 indah dalam hidup berumahtangga...berikut adalah petua yg digariskan utk menjadi panduan kita semua..

1.     P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2.   Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. 
3.  P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4.  ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah TanggaAmalan Ibu Mengandungdan Panduan Mencerdaskan Minda
5.     Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’. 
6.     Menurutnya,P selanjutnya membawa maksu‘pergaulan’iaitu pasangan suami isteri mesti
menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. 
7.     Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8.     Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.


Tuesday, July 19, 2011

Kepentingan Senyum

Senyum seindah suria..membawa bahagia..Qaseh nak kongsi ttg makna senyum utk enty ni..so, sape yg tgh baca pastikan anda tersenyum sokmo..

v  Senyum sebagai satu sedekah dan paling utama ianya tanda keikhlasan.
v  Senyum yang diberikan juga menggambarkan perasaan atau jiwa kita.
v  Senyum lambang kesihatan kerana mereka yang sihat jiwanya akan sentiasa tersenyum.
v  Senyuman juga adalah aksesori atau hiasan semula jadi yang tidak perlu ditambah semula tenaganya kerana ia akan lahir begitu sahaja.
v  Selain itu, senyuman adalah mukadimah pertama yang hebat kerana kuasanya begitu menarik orang lain dekat atau duduk bersama dengan kita.
v  Senyum juga lambang kejayaan kerana orang yang banyak tersenyum adalah orang yang Berjaya.
v  Orang yang suka tersenyum adalah mereka yang dekat dengan Allah dan banyak bersyukur.
v  Tiada dendam dalam jiwa seseorang yang mudah member senyuman.
v  Senyuman yang paling berkesan adalah yang dapat dirasai semua orang.
v  Selain itu senyuman adalah terapi terbaik penawar sakit jiwa.

p/s : Lepas ni jgn pulak tersenyum sorang2 nnt dikatakan kerang busuk plk..ish  ish  sian kat kerang tu kan kena kata..


Nasi Goreng Kampung Qaseh


Erm..malam td nak mkn nasi rasa tekak x selera sbb tekak Qaseh nih rasa perit2 je..mcm nk dtg penyakit batuk plk. tgk kat dlm peti sejuk ade sayur kangkung..cili padi pun ade..apelagi, Qaseh pun buatla nasi goreng kampung sbb kat umah semua suka makan nasi goreng kampung lebih2 lg En. Hubby. So sepantas kilat Qaseh menyediakan dinner mlm tadi nasi goreng utk family tersayang.

Bahan-bahan :
4 cawan nasi putih
7 biji cili padi  - ikut suka nk pedas @ x.
1 biji bawang besar  - qaseh suka guna bawang besar          ( ditumbuk halus )
2 ulas bawang putih                                                           ( ditumbuk halus )
½ sudu besar belacan                                                         ( ditumbuk halus )
2 biji telur
½ genggam sayur kangkung
Ikan bilis goreng
Beberapa potong daging ayam
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

1.       Panaskan minyak di dalam kuali, goreng telur dan hancurkan bila dah masak angkat dan ketepikan.
2.       Guna kuali yg sama, tumis bahan yg di tumbuk ( bawang besar, bawang putih & belacan ) sehingga naik bau.
3.       Masukkan daging ayam sehingga masak kemudian sayur kangkung kacau sehingga layu dan masukkan garam sesedap rasa.
4.       Kemudian masukkan nasi putih, ikan bilis goreng dan telur yg digoreng tadi kedalam kuali.. kacau sehingga sebati selama 8 minit.
5.       Apabila dah sebati dan nasi dah panas tutup api, bolehla dihidang dan dimakan..

 p/s : Makan panas2 lagi sedap..letak timun , telur goreng n sambal belacan dah jadi mcm kat kedai makan..



Greatest Marriage



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.


” Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,''

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS)juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,'' katanya.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah. 

p/s : A great marriage is not when the perfect couple comes together, it is when the imperfect couple learns to enjoy their differences...