Bunga Falling

Sunday, October 23, 2011

Antara Salah Laku Anak dan Hukuman


“Siapa pecahkan pinggan ini?” si ibu menjerit.
Anak-anaknya yang berderet itu membatukan diri.
Mustahil ada yang mahu mengaku.
“Siapa buat? Kak Long? Angah? Siapa yang buat?” si ibu yang sedia letih itu melempiaskan amarahnya.
Kak Long, Angah, Achik, semua mereka mendiamkan diri. Jantung masing-masing berdegup kencang.
Ibu yang keletihan mencari pesalah, akhirnya mengambil jalan mudah. Ketiga-tiga anaknya dihukum. Mereka dicubit seorang demi seorang.
“Yang bersalah tidak mengaku. Yang tahu siapa yang bersalah bersubahat tidak mahu memberitahu. Semua salah!” ibu cuba melogikkan tindakannya menghukum mereka bertiga.
JERITAN BIASA

Jeritan itu adalah jeritan yang biasa kita dengar di rumah.
Mungkin rumah orang, mungkin rumah kita.
Apabila berlaku sahaja sesuatu yang tidak kena, soalan yang spontan keluar, “siapa yang bersalah?”
Soalan seperti ini melayangkan mesej yang jelas bahawa ia akan berakhir dengan hukuman. Sama ada kesemua mereka mengambil tindakan mendiamkan diri, atau mereka mungkin segera saling menunding jari. Kita sebagai ibu bapa yang terkeliru, enggan malu kerana gagal menyelesaikan puzzle itu, lalu mengambil jalan mudah menghukum mereka semua.
Kebijaksanaan kita sebagai orang dewasa, menerbitkan pelbagai alasan untuk menjustifikasikan keadaan.
Namun tahap pemikiran anak-anak hanya berakhir dengan kesimpulan-kesimpulan yang membinasakan.
Mereka saling bermusuhan, saling salah menyalahkan, malah belajar menipu kerana terdesak mengendalikan rasa takut yang berlaku.
CIKGU JATUH


Puan Maria adalah guru senior di sebuah sekolah.
Orangnya berhemah. Tidak pernah menjatuhkan harga diri.
Tetapi hari itu dia tergelincir dan jatuh terlentang di depan kelas.
Sakitnya bukan kepalang.
Tetapi sakit hatinya berganda-ganda lagi apabila murid-murid mentertawakan dia.
Puan Sabariah bangun perlahan-lahan dan kemudian berdiri tegak membetulkan diri.
“Itu pelajaran pertama saya kepada awak hari ini. Sesiapa sahaja dalam hidup ini boleh jatuh dalam kehinaan, tetapi dia mampu bangkit dan berdiri teguh semula!” katanya dengan penuh hemah dan ketegasan.
Kelas sepi.
Ulasan itu sangat berhikmah.
Puan Sabariah menunjukkan betapa ketawa anak muridnya tidak mampu dibersihkan dengan tengkingan atau kemarahan. Sebaliknya dengan sedikit kesabaran, dia membetulkan keadaan dengan kebijaksanaan. Dengan hikmah.
Hikmah yang kita perlukan sebagai ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak.


Ibu Mithali Isteri Sejati

Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati? Adakah anda, saya ataupun wanita-wanita lain di dunia ini. Marilah kita analisa diri kita sejauh mana kita mencapai ke peringkat tersebut dengan berpandukan analisis yang diberikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Beliau menjelaskan penganalisisan diri perlu bagi ibu mithali dan isteri sejati dalam membentuk sebuah rumahtangga harmoni. 
Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti:-
Berdoa memohon keredhaan Allah. 
* Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumah tangga. 
Membersihkan hati dan pemikiran.
Membina kebahagian secara produktif.
Mendidik diri sendiri. 
Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan al-mawaddah (kasih saying   dan ar-rahmah (kasih-mengasihani).
Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul. 
* Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumahtangga.
* Membina rumah tangga berasaskan al-Mu’asyarah bil makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah).
* Pembangunan fizikal dan kesihatan. 
* Muhasabah diri.

Oleh itu, di manakah diri kita. Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, saya ucapkan SYABAS! Namun begitu, ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara lagi yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai tahap IBU MITHALI ISTERI SEJATI!!! 
Menurut beliau lagi, seseorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu:-
1) Positif terhadap perubahan. 
2) Positif terhadap diri sendiri. 
3) Positif terhadap kepimpinan. 
4) Positif terhadap masalah. 
5) Positif terhadap orang lain. 
6) Positif terhadap keadaan emosi. 
7) Positif terhadap idea kreatif. 
8) Positif terhadap membuat keputusan. 
9) Positif terhadap qada’ dan qadar. 
Selain daripada itu beliau juga turut menggariskan beberapa petua untuk menjadi ibu mithali. Antaranya ialah :- 
- Analisis diri daripada pandangan anak. 
- Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi. 
- Bercakap benar. 
- Kotakan kata-kata. 
- Didik anak mengenai kemahiran sosial. 
- Gunakan masa jitu untuk mengajar. 
- Wujudkan suasana positif dalam rumah tangga. 
- Gunakan belaian positif lebih daripada negatif. 
- Padam rekod negatif dalam pemikiran anak. 
- Melatih anak berfikir. 
- Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman. 
- Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga. 
- Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus. 
- Hidupkan sunnah dalam rumah tangga. 
- Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah. 
- Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya. 
Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai berbagai peranan dalam rumah tangga. Paling penting adalah sebagai :-
*Pendidik keluarga. 
*Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan rumah tangga. 
*Penasihat.
*Doktor dan jururawat. 
*Mendisiplinkan anak-anak. 
*Kawan atau sahabat. 
*Penyelesai masalah. 
*Merangsang perkembangan mental anak-anak. 
*Mengawasi perkembangan dan tingkah laku anak. 
*Model pada anak-anak. 
*Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat. 
*Mengawal ekonomi rumah tangga. 
*Menjaga harta suami dan keluarga.
** Ya Allah Ya Tuhanku..berikanlah kekuatan dan kesabaran dlm mendidik anak-anakku..semoga diriku menjadi Ibu dan Isteri yang Mithali..Aminn Ya Rabbal A'lamin..



Thursday, October 20, 2011

Tarikh Tamat Tempoh Lesen Memandu Mengikut Tarikh Lahir


Mulai pertengahan bulan depan, pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) akan dibuat mengikut tarikh lahir pemegang lesen bagi memudahkan mereka mengingati tarikh memperbaharui lesen masing-masing, sekali gus menyaksikan tarikh tamat tempoh lesen sama dengan tarikh lahir.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bertujuan mengurangkan kes pemegang lesen memandu tidak aktif dan rayuan untuk memperbaharui lesen memandu tamat tempoh melebihi tiga tahun. Selain itu, katanya, kaedah baru itu juga alternatif kepada sistem penyampaian notis peringatan dilaksanakan jabatan terbabit.
Pelaksanaan pembaharuan lesen memandu melalui penyelarasan tarikh tamat CDL mengikut tarikh lahir ini akan membabitkan agensi seperti JPJ, Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia dan e-Khidmat.
Bagi tarikh lahirnya pada 29 Februari, tarikh tamat sah lesen memandu dicadangkan pada 28 Februari dan tarikh pembaharuan pada 1 Mac. Bagaimanapun, jika pemegang lesen tidak mahu menggunakan tarikh itu, mereka hendaklah memperbaharui lesen memandu bagi tempoh empat tahun berdasarkan tahun lompat yang berikutnya.
Sejajar penyelarasan tarikh tamat lesen memandu, bayaran juga akan diselaraskan melalui dua kaedah iaitu bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir antara 12 hingga 18 bulan termasuk tempoh lanjutan, kerajaan akan menanggung bayaran lesen bagi tempoh lanjutan itu.
Sebagai contoh, bagi tempoh sah lesen sedia ada iaitu 20 Februari 2011 hingga 19 Februari 2012 dan tarikh lahir pemegang lesen adalah 10 Oktober 1980, hanya bayaran RM30 dikenakan iaitu bagi tempoh 20 Februari 2012 hingga 19 Februari 2013. Baki lanjutan selama lima bulan 20 hari (kurang daripada enam bulan) adalah percuma iaitu antara 20 Februari 2013 hingga 10 Oktober 2013.
Cho Ha berkata, bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir antara 19 hingga 24 bulan termasuk tempoh lanjutan, mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.
Kadar bayaran lesen memandu masih RM30 setahun, katanya. (Sumber :Berita harian)
Berdasarkan pemahaman , jikalau lesen memandu antara kita tamat tempohnya pada bulan Jun 2012 contohnya, manakala tarikh lahir pula jatuh pada bulan Disember 2012, JPJ akan terus renew sehingga Disember 2013. Kira bonuslah kan? Jadi ini bermakna lesen memandu tersebut akan “hidup” selama tempoh 1 tahun 6 bulan.
Tetapi kalau lebih daripada 6 bulan kena bayar maksimum untuk 6 bulan. Tentang bayarannya, kalau setahun RM30, setengah tahun mungkin akan dikenakan caj RM15 sahaja?

Saturday, October 15, 2011

5 Pulau Tercantik di Malaysia..Cuti2 Malaysia..

Ai..apa kabar semua?? fuhh dah lama sgt Qaseh x update blog nih..very2 busy coz i'm doing for Master..ceh jd student plk..
So,utk melepaskan rindu menulis di blog nih.. entry kali ini, Qaseh  ingin berkongsi dengan semua lima buah pulau yang menjadi tarikan pelancong di Malaysia iaitu Pulau Sipadan, Tioman, Langkawi, Redang dan Perhentian. Kelima-lima pulau ini mempunyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri.

Pulau Sipadan
Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.
Pulau Tioman
Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.
Pulau Langkawi
Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dsb. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
Pulau Redang
Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini.
Pulau Perhentian
Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.
* How..? menarik sgt kan tempat pelancongan ni..kat sini ada 5 pulau yg menarik, so 2 Qaseh dah pegi..tinggal lagi 3 tempat je yg belum..waiiit i'm coming soon..